CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Cantik, bersemangat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Gadis berdarah campuran Melayu-Jerman, Cristina cekal mengukir nama dalam dunia lakonan\rBAKAT lakonannya memang masih belum teruji dengan watak besar dan mencabar walaupun sudah terbabit  dalam beberapa drama TV, sesuailah dengan statusnya yang terlalu baru dalam industri hiburan.\r\n\n\n\n\rOleh kerana belum dikenali, menjadikan namanya masih asing  dalam kalangan produser program TV dan filem, namun semangat getirnya menempuh alam penuh glamor terlalu berani diharungi.\r\r\n\n\n\n\nNama yang indah, tetapi hampir tergeliat lidah untuk menyebutnya, Cristina Suzanne Stockstill, 26, secantik pemiliknya, namun tidak sukar untuk didekati kerana sifat peramahnya membuatkan sesiapa saja senang mendampinginya. \rMemang melihat kepada namanya, terlintas dalam fikiran kita dia adalah gadis dari Eropah atau Amerika sekurang-kurangnya. Tapi apalah ada pada nama kalau tidak mengenali orangnya dengan lebih dekat. \rCristina sebenarnya adalah gadis berdarah campuran Melayu dan Jerman. Dan, mengenalinya sudah tentu mengingatkan kita dengan beberapa pelakon yang turut memiliki darah yang sama seperti Ramona Rahman dan Maya Karin.\rBagaimanapun, Cristina, bakat baru yang dicungkil menerusi program realiti Pilih Kasih musim kedua, menjadikan kedua-dua aktres itu sebagai dorongan dan semangat untuk bertapak kukuh dalam bidang yang diceburinya\r\n\n\n\n\rTak lupa asal usul\rPENAMPILAN dan keperibadiannya tidak langsung menggambarkan dirinya itu adalah gadis berdarah campur atau PanAsia kerana kekuatan jati dirinya masih kuat dengan cara hidup ketimurannya.\rDia juga tidak membataskan untuk dirinya bergaul dengan orang tertentu, sebaliknya senang bersama sesiapa saja malah tidak pernah disisih oleh masyarakat.\r“Ada kalanya saya rasa, diri saya tidak seperti orang lain yang juga berdarah campur yang mungkin hidup senang, cantik dan glamor kerana mudah menjadi perhatian orang lain. \r“Tapi saya masih seperti budak kampung yang lain, berpakaian biasa dan menggunakan bahasa Melayu, memakan ulam-ulam kampung serta bergaul dengan sesiapa saja.\r“Tambahan pula saya tidak rasa yang ada kelebihan lain, malah sejak kecil saya berkawan dengan Orang Asli di Kampung Sungai Lembing, Pahang. Mereka mengajar saya berenang dan meneroka hutan,” katanya yang berbangga kerana ibunya, Rohimah Mohd Taib mengajarnya hidup sederhana sejak kecil.\rSebelum terbabit dalam bidang lakonan sepenuh masa bermula tahun ini, Cristina terlebih dulu pernah bergelar pramugari sejak 2003 hingga 2009.\rMenurut gadis yang memiliki ketinggian 168 sentimeter itu, kehidupan sederhananya yang diamalkan oleh keluarganya membuatkan dia lebih suka hidup berdikari tanpa menyusahkan orang sekeliling.\r“Memasuki alam pekerjaan sejak 2003 sebagai pramugari mengajar diri saya bagaimana untuk menjaga diri di tempat orang. Banyak pengalaman yang diperoleh, terutama menuntut saya hidup berdikari. \r“Seperti orang lain juga, selain pengalaman manis dapat melihat tempat orang, saya lebih mengenali budaya setempat dan bergaul dengan sesiapa saja di tempat yang saya tuju.\r“Mungkin sudah terbiasa dengan cara hidup sederhana menjadikan saya kurang gemar ke tempat yang mewah. Malah saya lebih suka ke pasar awam dan tidak kisah dengan suasana yang kotor walaupun berlumpur. Dari situ saya belajar bagaimana untuk menjaga diri saya sendiri,” kata anak kedua daripada tiga beradik.\rBerguru dengan Erma Fatima\rMENGENAI pembabitannya dalam lakonan yang seterusnya dijadikan kerjaya baru, Cristina berkata, sudah tentu perkara utama yang difikirkan ialah untuk mengukuhkan punca pendapatan selain menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan masyarakat.\r“Bidang lakonan ini saya mula ceburi sejak 2004 apabila ditawarkan oleh Erma Fatima, kami berkenalan melalui MySpace apabila saya yang memulakan perkenalan itu dengan mengundangnya menjadi teman laman sosial saya. \r“Drama Cermin Pada Bulan adalah lakonan pertama saya dan mula tertarik dalam bidang lakonan ini. Namun saya akur yang saya tidak boleh membuat kerja dalam satu masa di mana ketika itu saya masih seorang pramugari.\r“Ketika saya menjadi pramugari, keyakinan diri saya sangat rendah dan bidang lakonan ini sangat membina keyakinan saya,” katanya yang kembali ke bidang lakonan selepas menamatkan kontrak bersama syarikat penerbangan pada 2009.\rSelepas itu, Cristina menghadiri sesi uji bakat Pilih Kasih pada 2010 yang dipaksa oleh ibunya sendiri.\r“Sebenarnya darah seni saya diperoleh daripada nenek yang dulu adalah penari di istana dan emak pula adalah penari kebudayaan. Tetapi malangnya, ilmu menari itu saya tidak dapat, malah saya lebih kepada bidang lakonan.\r“Memang saya tidak sangka uji bakat yang saya hadiri itu diterima dan agak terkejut juga di mana Erma Fatima ketika itu juga adalah guru yang akan mengajar kami.\r“Buat masa ini saya tidak kisah kerana orang masih tidak mengenali saya kerana saya berlakon baru beberapa drama dan menerusi filem pun hanyalah daripada produksi bebas saja.\r“Sebab itu saya masih terlalu merendah diri di dalam bidang lakonan ini, saya tidak merancang apa-apa dan melakukan kerja lakonan mengikut rasa hati, ada tawaran saya akan menerimanya, sejauh mana mampu saya pergi hanya tuhan yang akan menentukannya,” katanya yang pernah berlakon dalam drama Kasih Najihah dan Dia Bukan Maryam, kedua-duanya disiarkan di TV9.\rSelesa guna nama sebenar\rCRISTINA sebelum ini dikenali sebagai Kris Cempaka menerusi program Pilih Kasih musim kedua terbitan RTM. Namun sebaik tersingkir daripada program itu, Cristina memilih untuk kembali menggunakan nama sebenarnya yang menyimpan banyak nostalgia pada dirinya.\r“Nama Kris Cempaka itu diberi oleh produksi Pilih Kasih. Memang saya hargai dengan panggilan itu yang memikirkan nilai komersial untuk saya mudah dikenali. Namun selepas keluar daripada program itu, saya mahu untuk menggunakan nama sebenar kembali walaupun saya masih mahu berada di dalam dunia lakonan ini.\r“Saya sebenarnya tidak selesa dengan nama glamor, apa pun saya harus juga hargai nama yang sudah diberikan oleh keluarga saya. Di sebalik nama itu, sebenar ada ceritanya sendiri kenapa saya harus menggunakan nama Cristina Suzanne Stockstill.\r“Cristina Suzanne adalah nama sepupu saya yang meninggal dunia ketika saya betul-betul dilahirkan ke dunia ini. Keluarga saya kata muka kami seiras cuma matanya saja berwarna biru. \r“Stockstill pula adalah nama keluarga sebelah ayah saya yang berasal daripada Jerman, namanya Joseph P Stockstill,” katanya yang mengakui masih belum memiliki teman istimewa di dalam hidupnya.\rKatanya, karier yang baru ingin mencari tapak untuk dibangunkan harus diutamakan, malah tidak menolak ketentuan jodoh sekiranya dipertemukan dalam masa terdekat.\r“Hidup saya hanya ada keluarga dan kawan-kawan, buat masa ini saya tidak ada perancangan untuk mencari teman hidup. Bukannya saya tidak ada pengalaman bercinta tetapi tidak ada jodoh. \r“Biarlah saya menumpukan kepada karier saya dulu. Jika ditanya pilihan hati saya sudah tentu saya akan memilih jejaka yang ‘cool’, kelakar dan tidak suka terlalu romantik, kalau boleh dapat yang romantik komedi lagi suka,” katanya.\rINFO\rNama: Cristina Suzanne Stockstill\rPanggilan: Cristina\rTarikh Lahir: 22 Januari 1985\rUsia: 26 tahun\rKeturunan: Melayu/Jerman\rAgama: Islam\rDrama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3)\rFilem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.045440 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list