|
Aksi Liyana Jasmay sebagai perokok nampak janggal\rMELIHAT Liyana Jasmay memegang watak sebagai perokok dalam filem pendek Asap: Cinta Terakhir arahan Aron Koh, timbul rasa lucu kerana pelakon muda itu seperti gagal menghayati wataknya dengan baik. Bukan lakonan tetapi cara seorang perokok menghisap rokok. \r\n\n\n\n\rLiyana dilihat tidak menelan asap, sebaliknya dia hanya menghembus saja dan itu kelihatan cukup ketara di layar lebar.\r\r\n\n\n\n\nTernyata melakukan aksi merokok, walaupun kelihatan seperti mudah tetapi kalau tidak kena caranya memang nampak janggal dan jadi kelakar. Malahan, apabila ia dilihat menerusi layar perak, ia nampak seperti dibuat-buat, bukan dilakukan dengan bersahaja. \r“Saya bukan perokok dan akui agak sukar untuk menghayati watak sebagai seorang kaki rokok. Saya cuba menelan asap yang dihisap tetapi apabila berbuat demikian, saya batuk dan membuatkan sukar untuk mengucapkan dialog. Jadi selepas berbincang dengan Aron, saya dibenarkan untuk menghembus saja,” katanya sambil tertawa.\rSementara itu, Piere yang ditemui pada majlis berasingan, tidak berselindung bahawa dia sebenarnya seorang perokok. Bagaimanapun, jelas anak bujang kepada pelakon Khatijah Tan ini, perkara itu dilakukan sesekali saja.\r“Saya adalah seorang perokok sosial. Jika saya bertemu kawan-kawan, saya akan merokok. Pun begitu, itu bukanlah penghalang untuk saya berlakon dalam filem itu. Filem itu mempunyai mesej yang baik dan saya lakukannya juga atas dasar persahabatan,” kata Piere.\r\n\n\n\n\rMesej Asap kabur\rSEBELUM ini kita sering disajikan dengan pelbagai kempen khususnya membabitkan bahaya merokok sama ada menerusi media cetak, ataupun elektronik. \rMalah, saban tahun ada saja kempen diadakan termasuk mewujudkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap 31 Mei setiap tahun. Namun semakin kerap disogokkan dengan kempen sedemikian, hasilnya bukan seperti yang diharapkan.\rMalah, berdasarkan kajian global lebih lima juta orang mati setiap tahun akibat merokok atau terdedah dengan asap rokok. Ia menyumbang sebanyak 63 peratus, manakala bakinya adalah disebabkan serangan jantung, angin ahmar, kanser serta penyakit berbahaya lain.\rJusteru apabila New Age Studios Sdn Bhd tampil dengan filem pendek yang objektifnya adalah untuk menyokong kempen Gaya Hidup bebas rokok berjudul Asap: Cinta Akhir, ramai yang tertanya-tanya, apakah kempen seperti ini mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahawa merokok? Apa bezanya dengan kempen yang pernah dibuat sebelum ini?\rSelepas melihat filem pendek selama 10 minit itu pada majlis pratonton serta pelancaran kempen Gaya Hidup Bebas Rokok - Asap: Cinta Akhir di GSC MidValley Megamall, pagi kelmarin, ramai yang berkerut dahi kerana mesej yang disampaikan kurang jelas. \rDalam filem Asap itu, Liyana memegang watak sebagai Lisa digambarkan sebagai gadis penjual rokok, yang juga perokok tegar. Dia ditemukan dengan lelaki terpelajar tetapi bersikap merendah diri bernama Bob (Pierre Andre).\rTidak banyak dialog sebaliknya penonton hanya mengetahui mereka pasangan kekasih berdasarkan bahasa tubuh masing-masing. Pelakon lain dalam filem pendek ini adalah bekas peserta One In A Million (OIAM), Iz Suliani sebagai penyanyi di kelab, tempat Lisa bekerja.\rPenamat cerita ini meninggalkan banyak tanda tanya dan apa yang mengejutkan, Asap: Cinta Terakhir tidak menunjukkan bahaya merokok. Menjawab persoalan ini, Aron berkata kempen ini dibuat bukanlah semata-mata untuk mengajar masyarakat mengenai bahaya merokok. “Apabila kami membuat keputusan untuk menghasilkan filem pendek mengenai kempen gaya hidup bebas rokok, sasaran kami adalah untuk golongan muda. Kempen ini untuk menyedarkan dan bukannya mengajar mana-mana pihak. \r“Sebab itulah penamatnya sangat terbuka dan membiarkan penonton membuat andaian sendiri apakah yang berlaku sebenarnya,” katanya.\rAron sebelum ini pernah memenangi Anugerah Khas Juri sewaktu Festival Filem Antarabangsa Bangkok menerusi filem Kurus. \rDia juga pernah mengarahkan filem cereka Seed of Darkness dan beberapa klip video seperti kumpulan Pop Shuvit bertajuk Marabahaya.\rTambah Aron, hasrat mengarahkan filem pendek mengenai kempen bebas merokok sudah lama bersarang di hati tetapi disebabkan ketiadaan dana, impiannya itu ditangguhkan.\rBagaimanapun, bantuan Dana Belia 1Malaysia (Dana Belia) yang ditaja oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad kembali memberikannya harapan untuk meneruskan hajatnya itu.\r“Daripada tujuh pemohon yang disenarai pendek, saya seorang yang berjaya mendapatkan dana itu,” katanya yang bercadang untuk mencalonkan filem itu di Festival Filem Antarabangsa Pusan di Korea Selatan.\rFilem pendek yang menelan belanja sebanyak RM130 ribu itu akan ditayangkan di laman sosial Facebook ASAP.MY.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|