|
CIK Normah terdengar cerita, beberapa produser agak terpinga-pinga sejak kebelakangan ini. Mereka berkeadaan begitu bukan kerana filem tidak laku ataupun tiada pelakon terbaik yang boleh ditampilkan dalam filem terbaru. \rSebaliknya yang Cik Normah dengar, mereka terkebil-kebil apabila mendapat tahu, pengarah yang juga produser popular, A Razak Mohaideen, mendapat Dana Filem Kenegaraan yang jumlahnya bukanlah kecil.\rKalau tidak silap Cik Normah, jumlah yang diberikan kepada seseorang produser menerusi dana itu ialah RM4 juta. Wah, kalau macam tu, memanglah ia bukan jumlah yang sedikit. Filem yang dihasilkan pun tentulah bukan sebarangan judul.\r \rCik Normah tidak tahulah pula kenapa ada produser yang terpinga-pinga apabila mendapat perkhabaran mengenai pemberian dana terbabit kepada Razak. Mungkin mereka berasakan, pensyarah filem di UiTM itu belum mempunyai rekod yang cukup baik dalam penghasilan filem di negara ini. Pendek kata, belum ada trofi berderet dalam almari di pejabat syarikat filemnya itu.\r\n\n\n\n\n\rLain pula dengan Cik Normah ni... Bagi Cik Normah, penganugerahan dana itu kepada Razak dilihat dari sudut yang positif. Inilah masanya Razak boleh membuktikan dia mampu menghasilkan filem yang meninggalkan impak besar di kalangan peminat, penyokong dan penggiat filem negara.\rMemanglah sejak kebelakangan ini filem arahannya kurang memberangsangkan apabila ditayangkan di pawagam. Tetapi siapalah tahu, dengan bajet yang besar, Razak berupaya melakukan kajian terperinci, mendapatkan khidmat kru terbaik, serta pelakon yang pernah memenangi trofi, lalu terhasillah judul terhebat pada abad ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|