CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Cita-cita dan cinta

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Cinta hanya dalam set, tapi cita-cita besar adalah jadi pelakon terkenalKEDUA-duanya memang wajah baru dalam dunia hiburan kita. Sebut Chomell Fana dan Izzue Islam boleh membuatkan ramai terpinga-pinga kerana siapalah mereka di dalam drama, mahupun filem. \rBelum dikenali bukan bermakna mereka terlalu baru dalam bidang seni. Izzue dan Chomel Fana memang masing-masing sedang mencari nama dan mengukuhkan penampilan dalam bidang lakonan.\r\n\n\n\n\rKedua-duanya ditemukan dalam drama Cita dan Cinta yang sedang disiarkan di TV9. Mungkin kerana sudah mengenali di lokasi penggambaran drama itu menyebabkan mereka kelihatan mesra apabila diminta untuk mengikuti sesi fotografi bersama. Ada ketikanya keserasian, kemesraan dan keintiman mereka dilihat seolah-olah seperti pasangan sedang bercinta. \r\r\n\n\n\n\nHakikatnya, itu semua kemesraan itu kerana terbawa-bawa dengan watak yang dihayati dalam drama yang mereka bintangi itu. \rItu semuanya jelas memudahkan lagi jalan cerita dalam drama Cita dan Cinta yang diarahkan oleh pengarah muda, AzmanA Aizal Yusoof.\rBerlakon, menyanyi seiringan\rDISEBABKAN masih berasa baru lagi dalam bidang yang diceburinya membuatkan Izzue berasa satu cabaran besar bagi dirinya apabila dia diberikan peranan utama kerana sebelum ini hanya mendukung watak sampingan sahaja. \r\n\n\n\n\r“Susah sebagai pelakon utama nak pula bergandingan dengan pelakon berpengalaman macam Beto Khusyairi, Sharifah Amani dan Nadia Aqilah. Tapi selalunya orang berpengalaman seperti mereka banyak membantu saya,” katanya. \rWalaupun pertama kali digandingkan, Izzue merasakan keserasiannya dengan Chomell membuatkan watak yang dilakonkan lebih berkesan.\rNamun bagi Chomell, bekerjasama dengan Izzue memudahkan lakonannya kerana perwatakan dan karektor lelaki ini yang mudah mesra serta senang bergaul dengan siapa saja.\r“Dia mempunyai perwatakan menarik serta mudah mesra. Itu membuatkan senang bekerjasama. Saya dan Izzue masih baru dalam bidang ini tetapi apabila pertama kali di gandingkan keserasian itu sudah ada. Saya tak rasa kekok dengannya,” kata Chomell. \rSetelah dua tahun terbabit dalam bidang lakonan, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan berasakan banyak yang perlu diterokai bagi memperbaiki kelemahan agar dapat membawakan watak lebih besar dan mencabar dengan berkesan.\rBermula sebagai pelakon tambahan, jejaka berusia 21 tahun ini mampu melata di bibir setiap pengarah yang ingin bekerjasama dengannya kerana memiliki pakej yang lengkap bukan saja dari segi bakat bahkan perwatakan yang menarik.\rBahkan bakatnya kini berkembang dengan pembabitannya dalam filem terbaru terbitan KRU, King Kapcai Kuang.\r“Selepas habis sekolah saya buka gerai burger di kampung, kemudian ke Kuala Lumpur kerja di kedai makan sebagai pembancuh air sebelum terjebak dalam bidang seni. Masa itu saya ikut casting drama Kampung Jaguh dan dari situ saya bergiat aktif dalam lakonan,” katanya.\rBertitik tolak dari situ, bakat Izzue kian dikenali dalam drama Papa Nak Kahwin, Bola Cinta dan Gemilang.\rMalah, kini Izzue berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan mempunyai kumpulannya sendiri, Forteen Boy Band di bawah jenama KRU.\rKumpulan ini dianggotai Ameerais, Ariz dan One itu bakal melahirkan single pertama berjudul Berdua Bersatu hujung bulan ini.\r“Ketika membuat sesi uji bakat sebagai pengacara di KRU Studio, mereka mendapati saya boleh menjadi penyanyi. Dari situ juga saya berkenalan dengan tiga lagi anggota kumpulan ini. Single terbaru itu sepenuhnya ciptaan Edry Abdul Halim,” jelasnya.\rTidak terburu-buru beralih ke filem\rSELEPAS terbabit lebih 20 drama, Chomell atau nama sebenarnya, Noorhanis Farhana Shaharuddin memang mahu namanya lebih dikenali dalam bidang lakonan.Dia tidak mahu terburu-buru berlakon filem. \rBagaimanapun, Aziz M Osman melamarnya sebagai pelakon tambahan dalam filem Azura 2. \r“Sebelum berlakon saya lakukan banyak kerja di belakang tabir macam jurusolek, pakaian, konti dan pembantu pengurus produksi. Lepas habis sekolah, saya ikut kakak buat kerja solekan tetapi tetapi lepas itu boleh jadi jurusolek artis pula. Bermula dari situ saya mengenali abang Aziz dan disebabkan perwatakan saya yang pelik, abang Aziz suruh saya berlakon dalam drama Comel,” katanya.\rSiapa sangka gadis kecil molek berusia 25 tahun ini dulunya seorang pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor. Walaupun bertubuh kecil, kecekalan dan semangat Chomell di luar jangkaan, malah pernah bekerja sebagai pengawal pantai di sebuah pusat rekreasi air.\rGadis yang pernah berlakon dalam drama Bong, Putri, Kaisarah, Hotel Mania dan filem Cinta Kura-kura ini turut terbabit dalam bidang nyanyian di bawah KRU. Single pertamanya berjudul, BFF Ku dalam proses rakaman.\r“Sebelum berlakon saya aktif dalam nyanyian. Dari situ ada seseorang yang lihat bakat saya nak rakamkan 10 lagu tetapi kesudahannya lagu itu tak dipasarkan. Sebab itu saya berhenti menyanyi,” katanya.\rMengimpikan watak serius, Chomell mengakui berlakon dalam drama tidak sesukar filem yang mengambil masa agak panjang untuk penggambaran. Bahkan bagi satu babak lakonan mengambil masa sehari penggambaran berbanding drama.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.045753 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list