CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Setiap angka boleh dipercayai

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
FINAS kumpul data kutipan kasar setiap filem terus daripada panggung wayangPERKARA yang sering diumumkan oleh produser atau wakil syarikat produksi apabila filem mereka masuk ke panggung ialah kutipan kasar selepas sehari atau seminggu ditayangkan. \rSelain strategi pemasaran dan publisiti, ia juga sebagai ukuran untuk mengetahui sesebuah filem itu mendapat sambutan atau sebaliknya. Bagaimanapun, setiap angka yang dinyatakan oleh produser kadang-kadang mengelirukan. \r\n\n\n\n\rPersoalannya, siapa yang boleh mengesahkan jumlah yang diumumkan itu sah dan betul? Pihak mana yang boleh memperakui setiap angka yang dikeluarkan sudah disahkan oleh juruaudit bertauliah? \r\r\n\n\n\n\nMalahan ada kutipan kasar yang dikeluarkan oleh produser filem kadang-kadang tidak sama atau tidak selari dengan data daripada Unit Wajib Tayang di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). \rFINAS dipertanggungjawab memberi galakkan berkaitan pertumbuhan penerbitan filem dan hal lain berkaitan industri perfileman tempatan, sebenarnya tiada kuasa yang termaktub di dalam akta menghalang produser filem mengeluarkan angka kutipan yang dihimpun melalui Skim Wajib Tayang dan daripada produser filem menerusi pawagam bebas atau medium lain.\rBererti produser filem memang boleh meletakkan apa saja jumlah atau angka kutipan kasar setiap filem yang sudah ditayangkan. Jadi, sejauh mana relevannya jumlah kutipan tiket yang diumumkan produser di tambah dengan jumlah yang diperolehi daripada FINAS.\rWartawan HIP, Rozdan Mazalan menemubual Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim bagi mendedahkan format dan mekanisme yang digunakan FINAS bagi memperoleh jumlah kutipan tiket daripada pihak pawagam.\r\n\n\n\n\rHip: Bagaimana dan apakah bentuk format yang diguna pakai FINAS dalam mendapatkan angka kutipan tiket melalui pawagam?\rMahyidin: Kutipan tiket dibuat menggunakan dua mekanisme iaitu secara online iaitu menerusi sistem e-wajib tayang di mana semua panggung perlu mengisi secara harian setiap kutipan filem tempatan yang ditayangkan. Mekanisme kedua pula ialah secara manual iaitu setiap panggung perlu menghantar faks ke FINAS untuk semakan kutipan bagi pawagam yang tidak mempunyai sistem online.\rHip: Adakah angka itu boleh diperolehi oleh produser sendiri atau panggung dan sekiranya dari panggung macam mana sistem yang digunakan, adakah terus secara online? \rMahyidin: Angka kutipan adalah terus dari panggung berdasarkan jualan tiket yang terjual. Kaedah penerimaan angka kutipan berdasarkan sistem talian e-wajib tayang dan secara manual melalui faks dari panggung setiap hari.\rHip: Adakah ia diberikan secara harian? \rMahyidin: Ia dibuat secara harian bagi pengiraan dan pengemaskinian oleh FINAS. Ini adalah prosedur yang sudah ditetapkan. Tetapi ada kalanya kelewatan berlaku satu atau dua hari sebelum dapat memberi angka berkenaan oleh segelintir pawagam.\rHip: Siapa yang mengesahkan atau mengaudit angka kutipan itu? \rMahyidin: Ia melalui dua kaedah iaitu dari pihak panggung sendiri dan disemak oleh FINAS sama ada mempunyai perbezaan atau tidak. \rHip: Sejauh mana angka kutipan daripada FINAS ini boleh dipercayai (reliable)\rMahyidin: Jumlah kutipan ini perlu reliable kerana ia akan membabitkan laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\rHip: Adakah produser berhak melaporkan sendiri angka kutipan tanpa melalui FINAS?\rMahyidin: FINAS hanya mengambil kira angka yang dilaporkan oleh pawagam melalui sistem e-wajib tayang. Apa yang dilaporkan oleh produser kepada media adalah inisiatif mereka sendiri.\rHip: Perlukah pihak kedua selain FINAS mengumumkan jumlah kutipan tiket kepada media?\rMahyidin: FINAS akan mengumpul dan menyenaraikan kutipan melalui sistem yang sudah dinyatakan dan FINAS tidak menghalang sesiapa untuk mengeluarkan mengenai jumlah kutipan.\rHip: Apakah perancangan FINAS di dalam membaikpulih format kutipan tiket yang dapat memberikan jumlah tepat sepanjang tempoh wajib wayang ini. \rMahyidin: FINAS sedang mengkaji sistem kutipan jualan tiket secara ’real time’ yang mana sedang dijalankan bersama Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan akan berunding dengan Persatuan Pemamer Malaysia (MAFE). Semua produser yang layak boleh memohon untuk menyertai sekali skim wajib tayang yang merangkumi semua 98 pawagam pada masa ini. Justeru, terpulang kepada prosedur untuk menentukan pawagam mana yang ingin dipilih untuk dimasukkan di dalam skim wajib tayang dan yang mana dibiarkan sebagai independen atau bebas. Sebagai purata, produser akan memohon di antara 50 hingga 60 pawagam untuk skim ini,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049304 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list