|
Program realiti TV AlHijrah cungkil bakat pendakwah wanitaBERMATLAMAT untuk membantu membangunkan ummah dengan mencungkil pendakwah dikalangan wanita, TV AlHijrah menghasilkan program realiti sulung, Solehah yang dijadualkan bergerak ke seluruh negara bermula Jun ini bagi sesi uji bakat.\rPencarian calon terutama dikalangan penuntut pusat pengajian tinggi dan golongan profesional berusia 20 hingga 30 tahun itu diyakini mampu merealisasikan misi berkenaan yang sudah dirancang sejak penubuhan stesen televisyen terbabit kira-kira enam bulan lalu.\r\n\n\n\n\rPengurus Besar Majalah dan Dokumentari TV AlHijrah, Zainal Rashid Ahmad, berkata Solehah diharap menepis stigma kaum hawa hanya layak merungkai permasalahan golongan itu saja sedangkan mereka mampu menyumbang secara menyeluruh untuk kepentingan bangsa dan agama terutama menyebarkan dakwah. \r\r\n\n\n\n\n“Sudah tiba masanya peranan wanita diperluaskan meliputi semua aspek. Menerusi Solehah kami bukan mencari ustazah, kami mahukan pendakwah yang boleh berinteraksi dengan khalayak segala macam isu membabitkan sosial, politik dan agama malah lebih penting bijak dan berkeyakinan tinggi.\r“Dalam situasi masa kini, banyak isu yang perlu ditangani pendakwah termasuk mendekati kelompok yang mempunyai sentimen Islamofobia iaitu prasangka dan diskriminasi terhadap Islam serta Muslim. Kami yakin pendakwah wanita punya pendekatan tersendiri,” katanya.\rMensasarkan tarikh siaran selewat-lewatnya September ini, Zainal Rashid berkata, mungkin ramai tertanya-tanya mengenai faktor usia calon semuda 20an hingga 30an namun itu bukan isu sebaliknya cara pemikiran serta pendekatan dalam menangani sebarang kemusykilan lebih diutamakan. \r“Di sinilah juga cabaran untuk calon yang akan menonjolkan kebolehan mereka nanti dalam saringan bermula dari sesi uji bakat hingga ujian mingguan. Antara 10 hingga 12 minggu dalam saringan, mereka perlu berdepan segala macam cabaran,” katanya lagi.\r\n\n\n\n\rSementara itu Penerbit Kanan yang dipertanggungjawabkan mengendalikan Solehah, Tuan Norazimah Tuan Mohamed, berkata pemilihan calon program Solehah dinilai berdasarkan pengetahuan agama dan am, kepetahan bercakap, ketajaman fikiran dan tinggi budi bahasa. \r“Kami sudah menghebahkan sesi uji bakat kepada IPT seluruh negara dan maklum balas amat menggalakkan apabila sebahagian besar mahu mewakilkan penuntut terbaik mereka, namun pada masa sama kami menggalakkan penyertaan daripada golongan profesional seperti peguam, doktor dan sebagainya.\r“Pastinya persaingan bakal sengit kerana bukan calang-calang calon yang datang menguji nasib. Mereka akan berdepan cabaran besar baik dari segi mental mahu pun keupayaan fizikal,” katanya yang meminta calon bersedia sebelum datang uji bakat.\rTidak jauh berbeza dengan program realiti lain dengan adanya unsur drama, akuinya lagi agenda berkenaan bukan pengisian utama malah tiada segmen penyingkiran kerana mencari seorang pendakwah yang punya pakej lengkap bukan seperti menggilap bintang seni.\r“Sememangnya rancangan realiti punya unsur drama cuma bezanya nanti dalam Solehah ia timbul secara semula jadi bukan dibuat-buat untuk membangkitkan sedih,” katanya lagi yang belum sedia mengumumkan ganjaran kepada juara.\rDedahnya lagi, bukan mahu merahsiakan hadiah buat pemenang sebaliknya tidak mahu faktor berkenaan mengaburi misi sebenar mencari pendakwah apatah lagi mereka tidak mahu calon memikirkan soal ganjaran hingga terlupa niat sebenar menyertai pertandingan realiti itu.\r“Kami tidak menafikan hadiah antara tumpuan utama khalayak dalam sebuah pertandingan realiti. Kami bimbang nawaitu kita akan tersasar tetapi ia tetap akan diumumkan nanti malah yang pasti juara nanti bakal mempunyai program TV sendiri,” katanya lagi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|