|
Lebih dua dekad sebagai penyampai berita, Farith memiliki identiti tersendiriSESIAPA pun yang pernah mengikuti Berita Dunia Jam 10 di RTM menerusi saluran TV1, pasti cukup ‘masak’ dengan wajah lelaki ini. Baru-baru ini, tatkala jari tidak sengaja menekan butang alat kawalan jauh ke saluran TV1, muncul wajah Farit Ismeth Emir sedang membaca Berita Dunia, nama baru untuk siaran berita antarabangsa itu. \rMelihatkan wajahnya, mengimbau kembali nostalgia sewaktu kecil.\r\n\n\n\nKesetiaan Farit yang masih terus bersama RTM, membuatkan hati tertarik untuk mengundangnya menjayakan sesi fotografi. Mungkin menarik jika dapat mendengar penyampai berita paling berpengalaman ini bercerita mengenai suka duka selama 25 tahun dalam bidang penyiaran. \r\rPada mulanya penulis bercadang untuk mengabdikan kenangan penyampai berita berusia 57 tahun ini dengan anggota keluarganya. Namun, permintaan itu ditolak secara baik. Akhirnya pertemuan kami diaturkan di Balai Berita saja.\r\n\n\n\n\n\rAgak terkejut apabila pertama kali bersua muka, selama ini dia hanya di lihat duduk di kerusi, justeru bentuk tubuhnya tidak begitu jelas kelihatan. Namun setelah bertentang mata, barulah penulis mengetahui susuk tubuh Farith sebenarnya besar dan tinggi lampai. Barangkali mewarisi darah Arab daripada keluarganya.\rPenyampai berita yang peramah ini tidak pernah terfikir untuk bergelar membaca berita di TV. Sebelum bertugas di RTM, bapa kepada tujuh cahaya mata ini pernah bertugas dalam bidang perhotelan selama 21 tahun. Sepanjang tempoh itu, dia pernah ditugaskan ke rangkaian Hotel Hilton di Tokyo, Jepun; Taipei, Taiwan dan Petaling Jaya. \rKekerapan meninggalkan keluarga menyebabkan Farith mengambil keputusan meninggalkan terus kerjaya dalam bidang ini walaupun sudah berada dalam kedudukan selesa.\rSebaik meninggalkan kerjaya dalam bidang itu, penyampai berita kelahiran Teluk Intan, Perak itu menganggur hampir lima bulan sehinggalah pada satu hari dia melihat pengumuman pencarian pembaca berita di RTM.\r“Pada 1986, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan terus bidang perhotelan kerana sudah terlalu asyik meninggalkan keluarga. Lima bulan menganggur sehinggalah terlihat iklan mengenai pencarian pembaca berita di RTM. Walaupun tiada asas dalam bidang penyiaran kerana saya graduan perhotelan dari Institusi Pengurusan Hotel pada 1971, namun saya nekad untuk mencuba.\r“Saya masih ingat lagi waktu itu ada lebih kurang 556 orang datang mencuba nasib, jadi saya tidak meletakkan harapan tinggi. Tak sangka pula diterima dan terus dihantar menjalani latihan selama dua bulan di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) di RTM. Selepas tamat latihan, saya dihantar bertugas di Bilik Berita atas arahan Datuk Che Hashim Embi sekarang Allahyarham,” katanya.\rSerasi bersama Harjit Singh\rTANGGAL 1 Januari 1987, Farith memulakan tugasnya secara rasmi sebagai penyampai berita. Sebagai orang baru, dia ditugaskan membaca Berita Akhir yang ke udara pada jam 3 pagi. \rSelepas enam bulan barulah mendapat kepercayaan membaca Berita Jam 6 Petang dan seterusnya Berita Perdana. Berita Dunia pula diwujudkan pada 1988. Farith sekali lagi diarahkan bertukar menjadi penyampai Berita Dunia sehingga hari ini. \rDia kekal membaca Berita Dunia atas arahan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Khadir Sheikh Fadzir sehinggalah sekarang. Pada awalnya, dia digandingkan dengan Harjit Singh Hullon dan mereka boleh dikatakan sebagai pelopor Berita Dunia sehinggalah penyampai wanita diperkenalkan.\r“Dua tahun bertugas, lama kelamaan minat pada kerjaya ini mula bercambah. Jika tidak baca berita sehari, saya rasa jiwa seperti kosong. Saya juga memang minat kepada berita dunia kerana memang suka mengambil tahu mengenai isu politik dan ekonomi luar negara. Walaupun tidak perlu menulis berita tetapi dengan membaca berita juga, saya boleh meluaskan lagi ilmu pengetahuan,” tambah Farith lagi.\rDi zaman mudanya, bukan tiada stesen lain yang cuba melamarnya menyertai stesen itu tetapi hatinya tidak pernah terbuka. Barangkali kerana mengenangkan jasa besar RTM kepadanya, apatah lagi semakin selesa dengan stesen yang dinaungi walaupun tidak menjanjikan populariti. \r“Selagi RTM masih memerlukan, selagi itu saya akan terus berkhidmat. Walaupun tidak popular seperti personaliti saluran lain, masih ada juga sikit-sikit orang yang mengenali saya. Jasa RTM terlalu besar buat saya, tanpa RTM siapalah saya.\r“Dalam usia sebegini, glamor tidak begitu penting lagi. Saya tidak menghalang jika personaliti muda mahu ke depan, itu terpulang kepada hak individu tetapi yang penting mereka haruslah tahu menjaga nama baik,” katanya.\rSepanjang 25 tahun bertugas, tugas Farith hanyalah membaca berita tanpa perlu keluar mencari bahan berita. Dalam tempoh itu juga katanya, tiada sebarang kenangan pahit yang berlaku. Cuma sebagai pembaca berita, apa yang dirisaukan apabila mengalami batuk kerana ia boleh mengganggu bacaannya.\rSumbangkan suara untuk iklan\rKEUNIKAN suara yang dianugerahkan Tuhan ternyata memberi kelebihan kepada Farith. Mungkin ramai tidak tahu, suara ‘mahal’ nya itu pernah dipinjamkan untuk iklan komersial rokok Dunhill selama 13 tahun. \rSiapa sangka suara yang menyebut Gaya, Mutu, Keunggulan adalah suara Farith. Selain itu, dia turut menyumbangkan suaranya untuk komersial lampin bayi, jenama sabun serta banyak lagi.\rSuaranya yang penuh karisma dan tersendiri itu menyebabkan penulis berasa seperti sedang menonton televisyen. Ternyata Farith mempunyai rahsia dalam menjaga suaranya. \rKatanya apa yang sering dilakukan ialah meminum air kosong yang sudah diembunkan semalaman. Selain itu, bapa kepada rappers terkenal, DJ Fuzz yang sebelum ini pernah menaungi kumpulan Teh Tarik Krew ini, dia juga mengelakkan makanan pedas dan berminyak.\rMemiliki perniagaan katering Emirex Catering Services Sdn Bhd yang diusahakan sejak 11 tahun lalu, Farith turut aktif menulis petua di laman blognya, petua.com. \rSelain blog, dia turut memiliki akaun facebook Ensiklopedia Petua Melayu Lama yang menurunkan pelbagai petua yang menjadi amalan orang Melayu. Laman itu kini mempunyai seramai 34,000 pengikut.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|