CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

Gema gendang tradisional di KLPac

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MUNGKIN kerana kurangnya pendedahan di arus perdana membuatkan khalayak kurang menyedari kewujudan kumpulan yang sudah bertapak sejak dari 1997 ini.\rKumpulan Hands Percussion, sebuah kumpulan yang mempertaruhkan muzik gendang Cina dan elemen rentak perkusi ini walaupun kurang dikenali di sini, nama serta seni mereka cukup gah di arus seni antarabangsa.\r\n\n\n\n\rMereka yang mengetengahkan elemen tradisional yang dimodenkan mengikut rentak tersendiri ini pernah mengadakan persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Hanoi, Bandung, Taipei, Australia, Hawaii, Thailand, Hong Kong, Singapura, China, Belgium dan Qatar.\r\r\n\n\n\n\nSehubungan dengan itu, demi menarik lebih ramai lagi warga tempatan, Hands Percussion dengan berbesar hati mempelawa orang ramai untuk menghayati alunan irama mereka yang akan dipentaskan pada 9 hingga 12 Jun ini di Pentas 1, KL Performing Arts Centre (KLPac).\rMenghuni di tanah air yang terkenal dengan kekayaan tradisinya, secara tidak langsung memberi inspirasi kepada kumpulan Hands Percussion untuk menghiburkan peminat dengan barisan karya unik mereka, dengan alatan muzik seperti gamelan, shigu (gendang cina) serta dram.\rMenurut Pengarah Artistik Hands Percussion, Bernard Goh, yang ditemui baru-baru ini berkata konsert ini adalah satu persembahan gabungan antara kumpulan tempatan dan antarabangsa iaitu, Hands Percussion dan kumpulan dari Beijing, The Eight Mallets Percussion. \r\"Peminat kepada keunikan koreografi dalam permainan dram cina, boleh datang menyaksikan konsert yang diberi nama \'Ri Yue Chu Yin\' ini yang dipersembahkan oleh kumpulan Hands Percussion yang dianggotai belia berusia di dalam lingkungan antara 18 hingga 31 tahun.\r\n\n\n\n\r\"Selain kumpulan perkusi bertaraf dunia, The Eight Mallets Percussion, yang akan membuat persembahan sebagai artis jemputan pada malam itu, pengunjung akan dapat menyaksikan persembahan dari Paul Philbert, pemain dram Malaysian Philharmonik Orkestra (MPO), yang juga komposer jemputan untuk konsert itu nanti.\r\"The Eight Mallets Percussion bakal menghiburkan dengan memainkan tujuh karyanya pada bahagian pertama. Manakala di bahagian kedua, Paul Philbert akan mendendangkan karya yang diberi nama Life Cycle. \r\"Kumpulan Hands Percussion pula akan menampilkan karya tersendiri mereka yang berjudul Redha, Makan dan yang terakhir, Ming, sebuah karya terbaru yang akan menampilkan semua pemain kami,\" ujarnya.\rSetiap paluan gendang cina, dram dan alunan alat perkusi yang akan dipersembahkan pastinya akan memukau pendengaran anda.\rJangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan kumpulan yang pernah menerima anugerah seni BOH Cameronian ini di Pentas 1, KLPac, pada 9 hingga 12 Jun ini. \rHarga tiket boleh didapati dari RM48 hingga RM128. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang Hands Percussion iaitu, www.hands.com.my atau hubungi di talian 03 6141 4480 atau 012 241 2532.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.071762 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list