|
KRU bangga dan puas, tetapi perjuangan belum lagi berhentiHAMPIR dua dekad lalu, trio adik beradik yang memperkenalkan diri mereka sebagai KRU menjadikan tempat letak kereta sebagai studio latihan. Di situlah tempat mereka gigih berlatih menari dan menyanyi untuk menempatkan diri mereka sebaris penyanyi popular ketika itu.\rKini selepas 19 tahun, siapa sangka di atas tanah seluas 15.39 ekar di Cyberjaya berdiri gagahnya KRU Studios, dilengkapi pelbagai peralatan canggih setanding studio muzik dan filem dari Hollywood. \r\n\n\n\n\rSegala perkara membabitkan industri hiburan seperti, muzik, filem dan animasi boleh direalisasikan di situ. Mereka tidak berhenti setakat itu sahaja, tetapi terus merangka pelan jangka panjang mengukuhkan lagi empayar yang dibina hasil titik peluh tiga beradik.\r\r\n\n\n\n\nMereka meraikan ulang tahun ke-19 KRU dalam industri hiburan pada Isnin lalu di Cyberjaya, sebagai perkongsian kejayaan yang sudah dilalui hampir dua dekad lamanya.\rPresiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman berkata, tumpuan utama mereka pada masa depan adalah pengeluaran produk berkualiti yang dapat menjana kepada kepesatan industri seni tanah air.\r“Kami bersyukur dengan pencapaian KRU. Namun kalau ditanya mengenai kepuasan, sudah tentu ia belum sampai ke kemuncaknya. Masih jauh dan kami harus terus memandang ke hadapan meneroka benda dan perkara baru yang mendatang.\r“Kami tidak pernah menyangka KRU berkembang seperti hari ini, sudah jauh kami berjalan dan dalam perjalanan kami yang daripada tidak ada apa-apa 19 tahun lalu, pelbagai cabaran sudah kami lalui - turun naiknya KRU, ada individu yang ingin menjatuhkan kami, konsert diharamkan dan kontroversi demi kontroversi, kami lalui pengalaman yang cukup luar biasa.\r\n\n\n\n\r“Tanyalah mana-mana individu yang pernah melalui perjalanan seperti kami. Untuk mencapai kepercayaan seperti hari ini menjadikan ia suatu kejayaan kepada kami. Jika dulu kejayaan yang kami cari adalah untuk diri sendiri dan keluarga tetapi hari ini, kami bertanggungjawab untuk memberikan sesuatu yang bernilai untuk masyarakat. \r“Harapan kami cukup tinggi bukan saja muzik tetapi filem yang tidak akan membuat sekadar melepaskan batuk di tangga saja,” katanya.\rDiakui juga, kejayaan yang dikecapi bukan kerana minat dalam bidang seni yang dikongsi mereka bersama, namun menjadi bonus kepada mereka kerana dilahirkan sebagai adik-beradik.\r“Sejak kecil kami sudah dididik oleh ibu bapa kami untuk sentiasa bersama, bermain bola, video game bersama dan apa saja sering bersama. Itu adalah asas kami, namun apabila kami sedar harus membina kejayaan, dari situlah kami terus menumpukan karier itu.\r“Secara tidak langsung juga, kami turut menyedari kelebihan berbeza pada kami. Edry dengan muziknya, Yusry dengan filemnya dan saya perniagaannya. Secara keseluruhannya apabila digabungkan kepakaran itu maka lahirlah KRU Studios hingga sekarang,” kata Norman lagi.\rSerasi pendorong kejayaan\rBAGI Yusry yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif KRU Studios berkata, kelebihan yang dimiliki mereka tiga beradik adalah penemuan yang serasi.\rJika kami bukan adik-beradik sekalipun, kami tetap memerlukan antara satu sama lain. Ini kerana kelebihan yang ada pada Norman dan Edry tiada pada diri saya, begitu juga dengan kelebihan yang saya ada, sedikit sebanyak tiada kepada mereka. Jadi kami memang sudah ditakdirkan untuk bersama membangunkan empayar KRU ini,” katanya.\rTidak lupa juga, Edry turut mengakui pandangan kedua-dua abangnya yang melihat keserasian mereka tiga beradik menjadi bonus kejayaan mereka hingga hari ini.\r“Sebenarnya sukar berkecimpung dalam satu industri membabitkan adik-beradik, kerana hubungan kami masing-masing bukanlah terlalu formal kerana kami masih adik-beradik. Kadang-kadang komen antara kami cukup tajam dan lebih tajam daripada mata pisau.\r“Namun sekiranya kami bukan adik-beradik pun, masing-masing harus harus ada sifat profesional secara individu dan komited untuk berkerja. \r“Adik-beradik itu bonus kepada kami untuk menyatukan kami selama ini. Apa yang penting kami harus sama-sama membantu antara satu sama lain, seperti sekiranya saya bosan, abang-abang saya mengembalikan semula semangat saya, begitu juga dengan mereka,” katanya.\rPada majlis yang dihadiri hampir 300 tetamu itu, mereka turut mengumumkan beberapa kejayaan yang sudah dikecapi KRU Studios, baik dalam bidang filem mahupun muzik.\rBegitu juga dengan perancangan menerbitkan enam filem tahun ini membabitkan dua filem bertaraf antarabangsa seperti Vikingdom dan Rabbit. Empat filem tempatan seperti Cinta Kura-Kura, King Kapchai, 29 Februari dan Ular.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|