CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Serampang dua mata

[Copy link]
Post time 24-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Gerimis Mengundang bukan pererat hubungan, tapi tembusi pasaran baruGABUNGAN dua negara dalam penerbitan filem bukan perkara baru yang berlaku membabitkan aktiviti perfileman kita.\rMalahan usaha itu tidak lain adalah untuk mengembangkan aspek pemasaran dan mengeratkan hubungan dua hala.\r\n\n\n\n\rBukan mudah produk filem tempatan melepasi pasaran luar negara biarpun ke negara serumpun, Indonesia. Ini kerana mereka bersikap menutup pintu kepada kemasukan produk luar. \r\r\n\n\n\n\nJusteru dengan usaha sama kedua negara inilah yang dilihat strategi terbaik untuk langkah permulaan mengembangkan produk tempatan.\rMenerusi gabungan dua syarikat produksi tempatan, Excellent Pictures dan Erama.tv bakal menerbitkan filem yang mendapat kerjasama dengan syarikat produksi prolifik dari Indonesia, Wana B Pictures.\rFilem dari genre romantik drama bukan saja akan mendapat khidmat pelakon popular Indonesia malah juga khidmat pemasaran ke negara republik itu.\rPenerbit merangkap pengarahnya, Ahmad Idham berkata, filem berjudul Gerimis Mengundang adalah percubaan pertama kolaborasi ini yang akan bakal disusuli dengan beberapa projek khas selepas ini.\r\"Ini adalah permulaannya di mana kami mendapat khidmat syarikat mereka untuk menyediakan pelakon dan pemasaran. Memang banyak syarikat tempatan pernah mengadakan kerjasama dengan dengan syarikat Indonesia, namun kurang berjaya dek kerana tiada pendedahan.\r\"Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), saya juga berbincang dengan mereka untuk memperkenalkan Sounds Stage FINAS kepada mereka. Kita berharap pihak mereka akan mendapatkan khidmat infrastruktur yang terdapat di FINAS untuk digunakan produksi mereka.\r“Secara tidak langsung mereka akan mengenali FINAS dan memberikan khabar baik kepada syarikat produksi lain dari Indonesia,\" katanya akan akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama syarikat itu tidak lama lagi.\rFilem ini akan dibintangi masing-masing tiga pelakon Malaysia dan Indonesia. Watak utama lelaki akan dipegang Kamal Adli yang bakal digandingkan dengan Olivia Jensen Lubis dari Indonesia.\rGerimis Mengundang adalah judul lagu yang pernah dipopularkan kumpulan era 90-an, Slam. Lagu itu juga pernah menjadi siulan bukan saja di negara ini malah di Indonesia.\rPemilihan judul lagu untuk penggambaran filem ini dibuat kerana popularitinya di Indonesia dan akan mendapat khidmat komposer terkenal mereka bagi menyuntik elemen komersial.\r\"Kita akan menggunakan khidmat komposer Yovies & Nuno untuk mengubah kembali elemen komersialnya, namun tidak mengubah asas lagu ini. Mereka juga akan mencipta sebuah lagu tema untuk filem ini,\" katanya.\rFilem yang akan menjalani penggambaran di Sabah, Kuala Lumpur dan Jakarta juga mendapat kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah. \r\"Dijangkakan filem ini akan memulakan penggambaran terbesar di sekitar Sabah bermula Oktober tahun ini. Ia akan membabitkan peranan suku kaum yang terdapat di Sabah dan kehidupan mereka juga akan dipaparkan menerusi filem ini,\" katanya yang memperuntukkan kos sebanyak RM1.8 juta.\rMengisahkan seorang pemuda yang berkerjaya sebagai juruterbang yang dibintangi oleh Kamal Adli. Pertemuan yang tidak disangka membuahkan bibit cinta bersama anak kepada kedutaan dari Indonesia yang dilakonkan oleh Olivia Jensen Lubis. \rIa mengisahkan kisah cinta yang kuat dan menghadapi pelbagai halangan. Mampukah mereka menempuhi segala dugaan dan cabaran yang mendatang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.133754 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list