CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Waktu rehat sudah cukup

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Nikki kembali dengan single terkini Antara Kita\rMENGANGGAP anak sebagai anugerah paling berharga membuatkan penyanyi Nikki Palikat, 26, sanggup cuti hampir setahun semata-mata mahu memastikan cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan komposer terkenal, Audi Mok mendapat penjagaan sewajarnya.\r\n\n\n\n\rBayi comel bernama Liam Mok yang kini sudah menjangkau umur tujuh bulan itu diakui mengubah segala karektor negatifnya malah menjadikannya lebih bersabar dan berdisiplin.\r\r\n\n\n\n\n“Walau sebahagian besar masa hanya di rumah, seawal jam 7 pagi saya sudah di dapur menyediakan apa yang patut untuk anak dan suami. Kalau dulu jika tiada urusan, tidur jadi keutamaan tetapi sekarang bagai ada siren yang mengejutkan saya daripada terus dibuai lena.\r“Liam mengajar saya supaya mengawal kesabaran, bertenang dan berdisiplin membuatkan saya bersyukur dipilih menjadi ibunya,” katanya yang teruja bercerita perihal si kecil yang sudah pandai berdiri itu.\rDitemui pada majlis pelancaran single berjudul Antara Kita yang juga paduan suara dengan penyanyi tersohor Filipina, Jed Madela, kebahagiaan bergelar isteri dan ibu pada usia muda jelas tergambar pada wajahnya.\rMasih kekal dengan susuk menawan, dedah empunya nama sebenar Nicolette Louisa Palikatt itu, penyusuan secara ekslusif antara rahsia tubuhnya mampu kembali langsing sekali pun ketika hamil dulu beratnya lebih 10 kilogram daripada biasa.\r\n\n\n\n\rBerjanji dengan diri untuk memberikan yang terbaik demi perkembangan kesihatan si kecil, walau sesibuk mana pun Nikki akan memberikan susu badan sekali gus menyukarkannya berpisah dengan Liam.\r“Dulu ketika tempoh kehamilan saya risau sama ada mampu menjaganya seperti ibu lain kerana tidak punya pengalaman. Namun itu cuma perasaan yang biasa dialami semua bakal ibu malah kini saya teruja melalui setiap saat bersamanya.\r“Audi juga saya lihat banyak berubah. Kalau sebelum ini saya tengok dia cepat gelabah berbanding diri saya, apabila punya anak dia lebih tenang dan paling mengagumkan mampu menjaga dan menukarkan lampin tanpa rasa kekok,” katanya lagi.\rDemi si kecil, Nikki juga merancang membawa anaknya menyertai promosi bergerak Antara Kita, DiGi jelajah Sabah 2011 membabitkan 1Borneo Hypermarket pada 24 Jun, Kompleks Karamunsing (25 Jun) dan Eastern Mall Tawau (26 Jun).\rDi Kuala Lumpur, bersempena kehadiran Jed bagi pelancaran single yang dipetik daripada lagu popular Filipina, mereka turut menghiburkan pengunjung Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 23 Jun.\rTerdahulu, menerusi projek bersama Muzikon selaku label yang berpusat di Malaysia, sudah merealisasikan dua single paduan suara membabitkan Noryn Aziz dan Christian Bautista selain Hazami dan Kyla pada tahun lalu.\rSelepas lama menyepikan diri, Niki menjelaskan paduan suara bersama Jed yang sudah menghasilkan enam album di negara asalnya menjadi kemunculan semula yang diharap mengembalikan ingatan ramai terhadapnya.\rUntuk versi bahasa Melayu, ia mendapat sentuhan Sharon Paul bagi susunan muzik manakala liriknya diilhamkan Ahmad Fedtri Yahya malah Antara Kita turut dijadikan lagu tema drama Stanza Cinta yang disiarkan setiap Ahad di TV3. \r“Saya anggap peluang ini sebagai penghormatan kerana dalam ramai-ramai penyanyi, saya menjadi pilihan apatah lagi saya juga mengikuti perkembangan industri seni suara negara itu yang melahirkan bintang berbakat besar.\r“Sekarang saya sudah bersedia kembali semula ke pentas seni suara. Hampir setahun tidak muncul bukan bermakna saya menghilangkan diri sebaliknya saya masih berlatih vokal dan mencari bahan untuk produk terbaru,” katanya yang punya impian muncul bersama produk baru.\rBakat yang dicungkil daripada Malaysian Idol itu muncul bersama buah tangan sulung pada 2005 berjudul Maharani disusuli Hawa tiga tahun kemudian dan menerusi kedua-dua album dirinya menggondol pelbagai trofi termasuk di Anugerah Planet Muzik.\rBegitupun ditanya mengenai pembabitan Audi Mok untuk pembikinan album akan datang, secara terang-terangan Nikki cuba mengelakkan untuk bekerjasama dengan suaminya demi mencari kelainan.\r“Jangan salah sangka, tidak bekerjasama bukan bermakna kami berbalah. Suami penyokong paling kuat malah dia memberi kebebasan untuk saya berkarya seterusnya berani mencuba. Bekerja dengan orang lain barangkali boleh mencungkil sisi berbeza diri dan vokal saya. Audi sememangnya komposer hebat, cuma saya mahu mencari angin baru,” katanya.\rSementara itu, Jed pula tidak mampu menyembunyikan rasa teruja bekerja dengan Nikki yang disifatkan punya vokal mengagumkan malah tidak sabar bertemu empunya diri sebaik mendengar dendangan penyanyi itu dari kaset demo.\r“Ramai penyanyi boleh membawakan lagu nota tinggi namun Nikki lebih daripada itu apabila vokalnya mempunyai tona yang jarang dimiliki penyanyi lain. Lagu alih bahasa Antara Kita dalam versi Melayu juga cukup syahdu apabila dilagukan. Kedua-dua faktor ini membuatkan saya terus mengiyakan usaha sama ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 1.041542 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list