Post Last Edit by akeyron at 30-6-2011 14:45
Reply 1# EchoTin
APA ITU SAKA?
Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jinyang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama adasecara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.
Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kirajin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat,jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.
Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turundaripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yanglebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudaradsb).
Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana adaperkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jikatiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka. Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidakdisebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam jugabiasanya tidak disebut saka.
Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjagarumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawasetiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau takada seolah-olah tak lengkap.
Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) danbiasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuanpunya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanyaselagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal,jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunanselagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atauberanak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingikeluarga tersebut.
Jadi, sayapercaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yangdimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami olehkebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite”kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.
TANDA-TANDA SAKA Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memeliharaadat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukanupacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas(seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diridan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyangitu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupunlain-lain.
Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yangterkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan…kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semuaakibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.
ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAHATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA? Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsungmahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.
Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuatsesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan seringberlaku.
Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yangdiziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung,tetapi ini jarang berlaku.
Org yang tak tahudia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.
Saka bolehmemberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaansendiri sejak azali.
Samalahseperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain.Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan oranglain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Caraberoperasi sama saja.
Di sinikita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin ituwujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusiapanjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.
BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?
Bagi yang tahudan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkanmasalah kepadanya.Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melaluiproses pembuangan saka atau rawatan.Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, makakena lalui proses pembuangan atau rawatan
Cararawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu sayatak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikanboleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmukedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan,kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakatawam. Kaedah tradisional:
Antaranyamenggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami danseumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jinmereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-caratertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali-berjaya dijauhkan buat sementara saja.
Jika jinsaka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati sisakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.
Adaperawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa danayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.
Ada jugaperawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa
sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya diabergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.
Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakanpendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua.
Ada pulaperawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.
Saka/ jinyang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengantuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.
Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenispelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukarkerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikansaka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagijenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakatMelayu.
Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kainberwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan danseumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahliyang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akanmengamok pula, lagi teruk.
Saya mencadangkan cara rawatan Islam Darus Syifa oleh DR Haron Din dan anak buahnya.Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama usaha orang yaag nak dirawat,bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti meningkatkan ilmu,iman danamal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya menghalang daripada si sakakembali. Ini lebih baik....
*http://abuzulfiqar.tripod.com/id72.html |