CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Sam Pinto tak kisah cemburu orang lain

[Copy link]
Post time 10-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon TV Filipina tenang kritikan gelaran paling seksiMANILA: Model Filipina yang kini bintang televisyen, Sam Pinto dilaporkan tidak kisah dengan kritikan yang mempersoalkan gelaran terbaru yang diberikan kepadanya oleh majalah FHM 2011 iaitu ‘Wanita Paling Seksi.’\r“Saya tidak boleh memuaskan hati semua orang, tidak mengapalah,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r   Pengkritik Sam dilaporkan tidak berpuas hati beliau menerima gelaran itu mengatasi pemegang sebelum ini, Marian Rivera (yang menduduki tempat kedua) dan Angel Locsin (tempat ketiga).\r\r\n\n\n\n\n   “Ya, dan dalam Twitter juga saya membacanya. Orang sering kali memberi reaksi, mengapa? Muka saya terlalu mentah!” kata Sam sambil ketawa.\rSam berkata, beliau tidak mengambil perkara itu secara peribadi dengan menyatakan: “Mungkin mereka memikirkan soal seksi dalam cara berbeza. Mereka berpendapat, seksi adalah mengenai buah dada dan punggung.\r“Tetapi, bagi saya seksi adalah berbeza. Ia adalah keyakinan anda sendiri. Menyayangi badan anda untuk diri anda.”\rBeliau tidak kisah ditanya bagaimana beliau melihat kemenangannya dalam FHM itu, sedangkan Marian dan Angel lebih mempunyai ramai peminat berbanding dirinya.\r\n\n\n\n\r“Sebab itulah saya amat berterima kasih kepada peminat dari lubuk hati ini. Terima kasih, terima kasih banyak.”\rBekas rakan serumah pelakon siri Pinoy Big Brother Double Up’ menambah bahawa Marian dan Angel sudah mendapat gelaran paling  seksi FHM jadi tiba gilirannya pula.\r“Mengapa tidak berikan peluang kepada yang lain,” balas beliau. Walaupun maklum balas negatif yang diterimanya, Sam berbangga dengan kecantikan dan keseksian semula jadi yang ada padanya.\r“Pada saya, kecantikan semula jadi adalah pemberian Tuhan. Jadi jika anda mempunyainya, anda boleh menambahkannya, tetapi bukanlah penambahan secara besar-besaran,” katanya.\rKenyataan paling menarik Sam adalah: “Ya, memang menjadi sebahagian keinginan saya untuk menjadi nombor satu. Jadi untuk beberapa tahun kebelakangan ini mereka adalah nombor satu, sudah cukup. Jadi saya berasa ini adalah sesuatu yang baru  untuk  orang lain, sesuatu yang baru.”\rSam terkejut dengan kenyataan pemberita mengenai orang yang dimaksudkan tetapi hanya berkata: “Saya tidak tahu siapa lagi, ya?\rWalaupun beliau percaya beberapa pemenang gelaran FHM sudah menjalani prosedur kosmetik, Sam secara langsung menafikan berbuat demikian.\r“Secara peribadi, saya tidak tahu. Ia hanya orang yang memberitahu saya atau gosip mengenainya. Jadi sebagai seorang pelakon, gosip itu, kadang-kadang anda tidak tahu sejauh mana kebenarannya,” katanya.  – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.216739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list