CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Akhbar 168 tahun ditutup

[Copy link]
Post time 11-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Penutupan News of the World akibat skandal berpanjanganLONDON: Akhbar tabloid Britain, News of the World diterbitkan buat kali terakhir semalam, menamatkan sejarah selama 168 tahun berita eksklusif dan skandal dengan muka depannya semalam tertulis ‘Thank You and Goodbye’ (Terima Kasih dan Selamat Tinggal).\rDalam ruangan lidah pengarang satu muka penuh, akhbar mingguan yang mendapat jualan tertinggi di Britain itu memohon maaf kepada pembacanya kerana skandal berpanjangan membabitkan pencerobohan telefon yang menyebabkan penutupannya, dengan mengatakan: Amat mudah, kami hilang cara kami.”\r\n\n\n\n\rNamun pertelingkahan itu masih belum berakhir, dan ketika pemiliknya Rupert Murdoch menuju ke London untuk bertindak sendiri terhadap krisis itu, dilaporkan bahawa polis tidak lama lagi akan menyoal siasat eksekutif tertinggi British, Rebekah Brooks.\r\r\n\n\n\n\nSelepas satu hari penuh emosi menyiapkan edisi terakhir pada Sabtu, pengarah News of the World, Colin Myler mengetuai kakitangannya keluar dari pejabat beliau di Wapping, timur London buat kali terakhir.\r“Saya ingin memberi penghormatan kepada kumpulan terbaik di sini yang selepas berhadapan dengan satu hari yang amat sukar, melahirkan satu cara yang penuh profesional sebuah akhbar terbaik,” kata Myler kepada pemberitanya di luar.\rLebih 200 kakitangan kini berhadapan dengan nasib yang belum tentu dan ketika kenyataan Myler itu disambut dengan sorakan ada di antara mereka yang mengalirkan air mata.\rBeliau memegang muka depan terakhir, satu montaj beberapa berita terbaik akhbar itu dan satu mesej yang menyebut: “Selepas 168 tahun, kami akhirnya menyatakan dengan sedih tetapi penuh bangga selamat tinggal kepada 7.5 juta pembaca setia kami.”\r\n\n\n\n\r“Seperti saya katakan kepada kakitangan saya pagi ini, ini bukanlah apa yang kami mahukan dan ia bukan apa yang sepatutnya kami terima, tetapi sebagai sumbangan terakhir kepada 7.5 juta pembaca ini adalah untuk anda dan kepada kakitangan kami, terima kasih,” kata Myler.\rDi dalamnya, beliau menunjukkan kenangan terbaik akhbar itu di bawa kata-kata ‘Akhbar Dunia Terbaik – 1843-2011” daripada penyiasatan oleh ‘Fake Sheikh” hingga kepada sebuah kempen kontroversi menentang paedophiles.\rTetapi lidah pengarang akhbar itu  itu mengakui bahawa selama beberapa tahun hingga 2006, beberapa kakitangannya terbabit dalam ‘perkara memalukan’ mengenai standard yang cuba mereka tegakkan.\r“Telefon diceroboh dan untuk itu akhbar ini adalah cerita yang sebenar,” katanya.\rDi sebalik kemarahan orang ramai terhadap pencerobohan telefon itu, penduduk Britain dijangka  mendapatkan naskhah terakhir akhbar itu sebagai satu cenderahati. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.207515 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list