CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Keunggulan jenama Rabbani

[Copy link]
Post time 12-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Album terakhir bersama Ustaz Asri dipasarkan sebulan laluBIARPUN industri nasyid kini dilihat tidak serancak sedekad lalu serta kurang mendapat publisiti meluas, namun kumpulan Rabbani tetap berdiri teguh memperjuangkan muzik pegangan mereka, walaupun selepas dua tahun pemergian penyanyi utama, Mohamad Asri Ibrahim.\rBerbekalkan pesanan terakhir Allahyarham untuk meneruskan dakwah melalui nasyid, Rabbani kian melebarkan sayapnya bukan saja dalam industri hiburan bahkan dalam perniagaan.\r\n\n\n\n\rMula dikenali dalam industri hiburan sekitar 1997 dengan album Rabbani yang menaikkan nama kumpulan itu, kini jenama Rabbani kian berkembang melalui perniagaan berasaskan minuman, perkhidmatan dan pelaburan.\r\r\n\n\n\n\nSiapa sangka, kumpulan yang dulunya memperjuangkan lagu nasyid kini mengusahakan perniagaan sendiri tanpa mengabaikan tujuan utama mereka dalam industri muzik tempatan.\rKekal atau bubar sesebuah kumpulan itu di dalam industri muzik yang ada pasang surutnya bergantung kepada kekuatan anggotanya bagi meneruskan muzik mereka tersendiri.\r“Industri nasyid kini kian malap, tetapi kami masih kuat berdiri serta menerima banyak tawaran persembahan dan yang terbaru, untuk konsert Anna For Gaza pada 30 Julai ini di Stadium Kajang, bergandingan dengan beberapa artis lain.\r“Kami tahu genre yang kami bawa takkan mampu bertahan lama dalam industri ini kerana muzik ada musimnya. Jadi bagi meneruskan matlamat perjuangan kami, pelbagai aktiviti lain kami turut lakukan termasuk terbabit dalam perniagaan,” kata anggotanya yang juga Pengarah Komunikasi Korporat Rabbani Productions (M) Sdn Bhd, Azadan Abd Aziz.\r\n\n\n\n\rSelepas pemergian Asri, Rabbani mengambil masa hampir dua tahun untuk bangkit semula dengan tiga produk baru ketika bersama Allahyarham yang tertangguh pengeluarannya, iaitu album kompilasi Ketika Cinta, Maulaya dan DVD konsert Maulidur Rasul.\rAlbum Maulaya yang dirakamkan sepenuhnya di Kuwait empat tahun lalu itu baru dipasarkan di kedai muzik tempatan sebulan yang lalu.\rBuah tangan yang memuatkan tujuh lagu dalam bahasa Arab itu ialah album terakhir Allahyarham bersama Rabbani, manakala album kompilasi, Ketika Cinta pula menghimpunkan lagu popular Rabbani, Raihan dan Nowseeheart.  \r“Album ini dibuat susunan semula dari segi lagu dan muzik, mengikut kesesuaian vokal Allahyarham, termasuk lagu Ketika Cinta Bertasbih yang dirakam sendiri oleh Allahyarham.\r“Setelah ketiadaan Allahyarham, kami gagahkan diri untuk bangun semula dan mengambil masa yang panjang untuk mengembangkan apa yang kami usahakan selama ini,” katanya.\rMula menghasilkan produk minuman sendiri, Rabbani Cafe, sejak tiga tahun lalu, jenama Rabbani kini kian pesat membangun dengan kewujudan Rabbani Travel and Tours Sdn Bhd dan Rabbani Wedding Planner.\rBermula daripada satu fasa ke peringkat yang membanggakan, Rabbani turut memberanikan diri dalam menceburi bidang pelaburan emas melalui Rabbani Dinar Emas kira-kira sebulan lalu.\rEnggan menyerah kalah\rMASIH menjadikan muzik sebagai tunjang utama penubuhan Rabbani, kumpulan yang dianggotai lapan lelaki ini ingin terus bertapak dalam industri muzik tempatan bersama kumpulan nasyid lain yang tidak pernah tunduk kepada cabaran semasa.\r“Kami tahu muzik kini mula mengalami perubahan dan peredaran mengikut keperluan pendengar, tetapi kami yakin suatu hari nanti industri muzik nasyid akan kembali seperti kegemilangan era nasyid dulu.\r“Dengan kekuatan yang ada kami akan meneruskan perjuangan nasyid agar ia tidak luput, bahkan di luar sana nyata masih ramai peminat serta banyak permintaan terhadap lagu-lagu nasyid yang kami bawa,” jelasnya.\rMenganggap industri muzik mempunyai turun naiknya, Rabbani masih mampu mengukuhkan jenamanya melalui bidang lain yang masih banyak untuk diterokai.\rMelalui syarikat itu juga, Rabbani mempelbagaikan aktiviti seperti pengurusan pameran, pentas dan persembahan, membekal bahan bacaan dan alat bantuan mengajar, perkhidmatan media cetak dan elektronik, perkhidmatan audio visual dan sistem lampu, percetakan baju T dan cenderahati serta kaunseling.\r“Kami ingin pelbagaikan perniagaan dan tidak tertumpu kepada satu bidang saja kerana banyak lagi peluang yang perlu diterokai di samping mengekalkan muzik yang kami perjuangkan ini. Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihan kami, Rabbani kini tidak dilupakan peminat meskipun menerusi cara perniagaan.\r“Insya-Allah, kami juga akan menghasilkan album terbaru. Cuma masanya belum ditentukan apatah lagi album Maulaya masih baru di pasaran walaupun ia pada hakikatnya sudah lama dihasilkan,” katanya.\rWalaupun sibuk mengendalikan perniagaan, Rabbani menerima setiap tawaran persembahan yang datang untuk terus kekal bertapak dalam industri hiburan biarpun muzik nasyid kini kian dilupakan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.352975 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list