CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Penyertaan membanggakan

[Copy link]
Post time 13-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Fetival filem pendek diteruskan tanpa sokongan pihak sepatutnya\rPENGANJURAN Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIS) 2012 yang dijadual berlangsung pada 30 Januari hingga 1 Februari tahun depan kini menerima lebih 350 penyertaan dari seluruh dunia.\r\n\n\n\n\rPenyertaan yang baru dibuka kira-kira tiga minggu lalu menerusi syarikat rakan promosi berpangkalan di Los Angeles, California, Withoutabox, menarik lebih banyak penyertaan apabila buat julung kalinya ia dianjurkan di negara ini. Jumlah itu dijangka terus meningkat apabila penyertaan ditutup pada 30 November depan.\r\r\n\n\n\n\nKLIS dianjurkan KLIS Network selepas mendapati industri filem pendek tempatan semakin mendapat tempat di sini. Secara tidak langsung penganjuran itu menjadi serampang dua mata untuk menarik lebih ramai pelancong asing mengunjungi ibu negara ketika festival berlangsung.\rPastinya KLIS akan menjadi aktiviti tahunan yang akan dimuatkan dalam kalendar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, selepas pihak terbabit bersetuju bertindak sebagai penganjur bersama.\rPengerusinya, Martias Ali, berkata pihaknya tidak menyangka sambutan yang begitu cepat diterima daripada peserta luar negara, membuatkan mereka lebih yakin festival ini mampu berjaya. Penyertaan terbanyak datangnya dari Amerika Syarikat diikuti Venezuela, Brazil, Sweden, Hungary, Belanda, Itali, Filipina, Kanada, Pakistan, Australia dan banyak lagi.\r“Dengan penyertaan awal melebihi angka 350 termasuk produknya sekali, saya yakin ia akan menjadi festival yang boleh dibanggakan oleh orang industri termasuklah pelajar jurusan filem di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.\r\n\n\n\n\r“Sepatutnya penganjuran festival sudah lama dilakukan, memandangkan di Asia kini memang tidak ada festival untuk filem pendek. Kita seharusnya berbangga apabila menjadi negara Asia pertama yang akan memiliki festival bertaraf antarabangsa.\r“Begitu juga dengan lepasan graduan kita yang tiada landasan untuk mengenengahkan bakat mereka, dengan penganjuran KLIS 2012 ini kita berharap produk tempatan lebih mudah melepasi ke peringkat antarabangsa,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran festival itu di ibu kota baru-baru ini.\rHadir sama Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Datuk Sidek Khalid; Presiden Majlis Tindakan Industri Kreatif Multimedia (MAJIKA), Jurey Latiff; dan penggiat filem tanah air yang turut mewakili KLIS Network, Yusof Kelana.\rBiarpun kecewa kerana tidak mendapat sokongan daripada pihak yang sepatutnya seperti Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDec) dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), namun penganjuran itu tetap diteruskan berbekalkan sokongan pihak lain.\r“Kami meneruskan penganjuran festival ini apabila DBKL bersetuju menjadi penganjur bersama, di samping sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Skop Productions Sdn Bhd serta Universiti Putra Malaysia (UPM).\r“Jika diikutkan memang kami agak kecewa apabila permohonan kami ditolak terus oleh mereka yang tidak meyakini langsung usaha kami. Apa yang pasti usaha ini bukan untuk kepentingan sendiri, malah pihak kerajaan sendiri mengakui penganjuran ini dapat membantu industri perfileman tempatan termasuk industri pelancongan,” katanya yang terpaksa mengeluarkan sejumlah besar kewangan sendiri untuk merealisasikan KLIS 2012.\rInfo:\rSebanyak empat kategori filem yang dipertandingkan seperti filem Pendek, Animasi, Pelajar dan Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).\rSepanjang tiga hari KLIS 2012 berlangsung, pelbagai aktiviti membabitkan industri perfileman sudah diatur bagi menyahut objektif mengangkat industri filem kita ke peringkat antarabangsa.\rAntara aktivitinya seperti membuka pasaran antarabangsa dengan mengumpulkan semua produser dan pembeli luar, tayangan filem pendek secara percuma di Panggung Bandaraya, beramah mesra bersama pemenang filem pendek animasi Oscar, Academy Awards 2011 dan beberapa aktiviti lagi.\rBagi penggiat filem pendek tanah air yang ingin menyertai festival ini boleh melayari http/www.klisfestival.com atau [email protected]. Setiap penyertaan adalah percuma dan pemenang bakal menerima hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM50,000.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.693619 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list