|
INFOJudul: Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2\n\n\n\nPelakon: aniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Alan Rickman, Michael Gambon, Helena Bonham Carter Pengarah: David YatesPenulis (lakon layar): Steve Kloves\n\n\n\n\nPenulis (novel): J.K RowlingGenre: Aksi, Pengembaraan, Drama, Fantasi, MisteriDurasi: 2 jam 10 minitTarikh tayangan: Mulai 14 Julai 2011The Deathly Hallows: Part 2 sajikan hiburan terhebat buat peminatANDAINYA dibandingkan dengan tujuh episod sebelum ini, filem terakhir dalam siri pengembaraan fantasi Harry Potter yang diberi judul Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 2 boleh dianggap edisi terbaik dalam francais itu yang pernah menemui penonton. Bukan saja dilihat lebih kemas dari segi penceritaan, skrip mahupun perkembangan watak yang lebih dirasa, bahkan kesan khasnya terutama dari segi persembahan visual nyata cukup mempesona.Potter sendiri misalannya, walaupun jika diukur dari segi usia, wataknya digambarkan sebagai seorang remaja, namun kecekalan anak muda itu dalam menghadapi musuh tradisi serta kematangannya berdepan situasi yang cukup mencengkam membuatkan penonton turut berasakan sama evolusi dirinya.Begitupun, amat sukar dinafikan, di samping kekuatan ceritanya sendiri, elemen paling menarik mengenai filem ini tentu sekali visualnya yang hebat dipaparkan. Babak pertarungan yang dipersembahkan buat peminat siri filem ini sungguh mengagumkan. Saksikan saja babak si pahlawan melarikan diri dari ruang bawah tanah Bank Gringgots bersama seekor naga. Ia sudah semestinya teknik imej janaan komputer (CGI) paling ‘cantik’ yang pernah ditonjolkan. Begitu juga penonton akan terpukau menyaksikan babak membabitkan Profesor Snape lakonan Alan Rickman ketika dia berdialog dengan Potter. Adegan itu sesuatu yang pasti lama akan dikenang peminat.Menerusi memori Snape, dia bertemu dengan ibunya, Lil dan juga bapanya. Dalam perbualan itulah, segala rahsia yang selama ini mempunyai kaitannya dengan Potter akhirnya terbongkar. Segala persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya di kalangan peminat, terjawab sudah semuanya. Sesukar manapun hakikat yang terpaksa dihadapi, sakit atau tidak, semuanya terpaksa ditelan Potter dan babak ini mampu menyentuh hati khalayak.Antara buku dan filem, ada jurang perbezaannya. Apa yang kurang di dalam novel berkenaan, dibaiki si sutradara, David Yates, menerusi filem. Bukan saja memperbaiki, malah dia turut menjadikan filem itu lebih cantik serta mempunyai jiwa yang mampu menyentuh rasa.Bagaimanapun, selepas menonton edisi yang diwar-warkan sebagai pengembaraan terakhir ini, mungkin Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 bukanlah penamat mutlak. Tidak mustahil jika dikatakan, ia mampu menjadi permulaan kepada satu lagi perjalanan hidup masyarakat ahli sihir yang berupaya menjerat kesetiaan peminat, pada masa akan datang.Penutup luar jangkaanPADA bahagian pertama filem garapan Yates ini, ia memaparkan babak tembakan ke langit selepas Lord Voldermort berjaya mencuri tongkat sihir paling kuat di dunia dari makam si pelindung Potter, Profesor Dumbledore. Dengan kejayaannya itu, Valdermort menjadi ahli sihir paling hebat dan tidak mampu untuk ditewaskan sesiapa.Kemudian, dalam kisah selanjutnya, kita dapat menyaksikan amukan tiga remaja, Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe, Hermione (Emma Watson) dan Ron Weasley (Rupert Grint) dalam usaha mencari Horcruxes yang mampu menghentikan jejak Voldemort, sekali gus menyelamatkan dunia sihir dan juga Hogwarts daripada terus berada di bawah jajahan takluk Raja Kegelapan.Pastinya ramai yang tertanya-tanya, apakah kesudahan filem ini selepas penantian selama sedekad, dengan lapan judul membabitkan 3,000 pelakon dan kru, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada watak yang dicipta oleh J.K Rowling ini.Selepas menayangkan bahagian pertama penghujung tahun lalu, ramai yang membuat spekulasi mengenai watak Potter. Ada yang mengandaikan dia bakal menemui ajal berdasarkan poster yang disebarkan. Tetapi ada juga yang sangsi dan menganggap kesudahan filem ini pasti berbeza kerana tidak mahu dianggap memberi penamat yang terlalu biasa.Apapun, usah melulu membuat spekulasi kerana penulis filem ini, Steve Kloves, begitu bijak membuat penutup yang sememangnya tidak disangka-sangka.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|