CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 1

GAFIM berkobar-kobar anjur FFM24

[Copy link]
Post time 14-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa penganjur perlu mencari dana tambahan RM1.5 juta lagi \rKATA orang jangan meletak harapan terlalu tinggi, andai impian itu tidak tercapai, kelak nanti kecewa. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun bagi urus setia Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang bakal berlangsung 19 November depan anjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) sepenuhnya, mereka berkobar-kobar untuk menjadikan FFM 24 sebuah acara gilang gemilang lari dari kepompong penganjuran sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\nBagi meyakinkan mereka tidak sekadar bercakap kosong, pelbagai program dirangka bermula bulan ini sehingga November nanti bagi menyemarakkan festival yang sebelum ini dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).\rSelain ingin membuatkan masyarakat secara amnya dan warga filem khasnya sedar mengenai kewujudan FFM 24, penganjuran aktiviti itu juga sebenarnya bagi mewujudkan hubungan baik dengan syarikat korporat bagi tujuan penajaan. \rPengerusi Publisiti dan Promosi FFM24, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sebelum ini mereka (GAFIM) ibarat anak emas.\rApa saja yang diingini akan ditunaikan FINAS, semua kerja pula dilakukan mengikut struktur. Bagaimanapun, apabila tanggungjawab itu diserahkan sendiri kepada GAFIM, barulah mereka sedar kepayahan menganjurkan majlis besar seperti FFM.\r\n\n\n\n\r“Dulu petik saja, semua dapat. Kami tak perlu bersusah payah mencari wang atau penaja tetapi sekarang semuanya perlu dilakukan sendiri. Kerajaan hanya menyediakan RM1 juta saja untuk majlis itu, memandangkan kami ingin mengadakan pelbagai acara supaya bahang FFM 24 lebih terasa. Kami memerlukan kira-kira RM1.5 juta lagi.  \r“Dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, insya Allah jumlah itu dapat kita capai. Walaupun bajet yang disediakan kerajaan tidak mencukupi, kami tidak mahu mengadakan majlis ini mengikut bajet yang disediakan. Sebab itu kami berusaha mencari sendiri penaja kerana kami ini menjadikan festival ini lebih mantap,” katanya.\rMenurutnya, mereka harus mendekatkan diri dengan sektor swasta kerana tidak semestinya apabila FFM saja ia perlu dijalankan oleh pihak kerajaan saja.\r“Kami ingin memastikan kehadiran FFM disedari 17 juta orang. Kami akan berusaha melakukan pelbagai aktiviti dan promosi antara siri jelajah di beberapa zon, pengiklanan FFM pada pengangkutan awam dan pelbagai aktiviti lagi.\r“Sebelum ini kalau menyebut FFM, ia seakan sebuah acara yang sepi. Tiba-tiba saja ada majlis perasmian, malah ada golongan sendiri yang tidak tahu mengenai kehadiran acara itu. Bermula dari hari ini, kita akan mengadakan pelbagai acara untuk mengangkat FFM,” kata Mat London.\rBuat pertama kalinya sepanjang 24 tahun penganjuran festival itu, siri jelajah akan diadakan. Zon yang akan disinggahi FFM 24 ialah Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru, Seremban, Kota Kinabalu dan Putrajaya. Ke semua lokasi ini mendapat sokongan dan tajaan penuh dari kerajaan negeri.\rSementara itu, sebuah majlis pra pelancaran akan diadakan pada 25 Julai depan bertempat di Kompleks Kraf Malaysia bagi mengumumkan senarai filem yang bertanding. \rFilem yang ingin bertanding perlulah dihasilkan dalam tempoh dari 24 Oktober 2010 sehingga 1 Oktober 2011. Manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos ini.\rAcara lain yang akan diadakan ialah majlis berbuka puasa, rumah terbuka, karnival walkathon, pertandingan golf amal, majlis makan malam serta malam penghargaan.\rPada tahun ini kategori karya bukan Melayu akan diwujudkan kembali tahun ini bagi menggalakkan produser bukan Melayu untuk terbabit sama di dalam festival ini. \rTahun lalu, kategori ini digugurkan kerana tidak menepati syarat kerana tidak mencapai kuota yang ditetapkan. Bagaimanapun urus setia FFM yakin tahun ini kira-kira enam buah filem asing bakal menghantar penyertaan.\rBagi memastikan usaha itu berjaya Wendy Wong akan bertemu dengan penerbit berbangsa Cina untuk berbincang mengenai perkara berkenaan. Manakala seorang urus setia berbangsa India juga diarahkan untuk bertemu produser filem India.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 09:37 AM | Show all posts
mak aii ! bermeter2 panjangnya creta !

tapi syabaslah ! pihak penganjur tak mengharapkan duit kerajaan
utk merealisasikan FFM24 tahon nie byk filem2 yg best box office pulak tu !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.042202 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list