|
Maxis tawar pakej harga menarik gajet terbaru Kanada mulai Ahad\rMAXIS Bhd menampilkan komputer tablet BlackBerry Playbook yang akan mula menjengah pasaran Ahad ini dengan tawaran pakej harga menarik.\r\n\n\n\n\r BlackBerry Playbook, gajet keluaran firma Kanada, Research in Motion (RIM) itu akan ditawarkan pada harga runcit RM1,599 bagi kapasiti 16 gigabit (GB), RM1,899 untuk 32GB dan RM2,199 bagi 64GB.\r\r\n\n\n\n\n Bagi pengguna Perkhidmatan Internet BlackBerry Maxis sedia ada, mereka boleh mendapatkan tablet itu dari harga serendah RM990 apabila mendaftar dengan pelan data Playbook 3GB menerusi telefon pintar Blackberry.\rKetua Operasi Maxis, Jean Pascal Van Overbeke, berkata tawaran terbaru itu sejajar peningkatan liputan dan kepantasan perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan.\r“Kumpulan secara konsisten menjadi syarikat pertama menawarkan peralatan moden terkini kepada pelanggan dan kami berbangga menjadi pengendali perkhidmatan telekomunikasi tempatan pertama memperkenalkan barisan produk BlackBerry sejak 2004.\r“Sejak itu, kumpulan terus meluaskan barisan produk BlackBerry dengan menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan yang berorientasikan penggunaan data.\r\n\n\n\n\r“Pelancaran baru ini adalah penghargaan kumpulan ke atas sokongan berterusan pelanggan selama ini,” katanya ketika melancarkan BlackBerry Playbook di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Naib Presiden RIM Thailand, Malaysia dan Vietnam, Dany Bolduc.\rBlackBerry Playbook adalah kemunculan pertama RIM dalam pasaran komputer tablet dan menjadi antara peralatan yang paling ditunggu-tunggu pasaran tempatan untuk tahun ini.\rAntara ciri menarik tablet itu termasuk keupayaan melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa, pengalaman media terbaik dalam kelasnya, kemudahan pelayaran web dengan sokongan Adobe Flash serta akses selamat bagi data enterpris.\rTablet itu direka sebagai pelengkap kepada pengguna telefon pintar BlackBerry yang mahu mendapatkan peralatan berfungsi tinggi serta mampu dimiliki.\rPeralatan berkenaan bertindak sebagai tetingkap keselamatan ke dalam data telefon pintar BlackBerry dengan menyediakan keupayaan mengakses e-mel termasuk kemudahan perbualan Blackberry Messenger (BBM) serta data lain.\rSementara itu, Bolduc berkata BlackBerry Playbook adalah tablet berfungsi penuh yang sesuai untuk kegunaan peribadi atau perniagaan.\rBlackBerry Playbook akan mula dijual di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis seluruh negara Ahad ini.\rAwal tahun ini, Maxis melengkapkan ujian ke atas teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE) Generasi Seterusnya yang akan menggandakan lagi kapasiti rangkaian serta kepantasan data sedia adanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|