CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Dengarnya... Klip video baru Faizal Tahir melampau?

[Copy link]
Post time 18-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya... Klip video baru Faizal Tahir melampau?Oleh Normah Becok2011/07/18\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBEBERAPA hari lalu Cik Normah menerima panggilan telefon daripada peminat muzik berkenaan buah tangan terbaru Faizal Tahir. Pembaca berusia awal 30-an yang mahu dikenali sebagai Jay itu melahirkan kebimbangan sebaik menonton klip video lagu baru penyanyi itu yang berjudul Karma, sebaik saja menontonnya di sebuah saluran TV.\rAkui jejaka prihatin itu, kronologi paparan memang menarik dengan isu haruan makan anak dan sanggup menjual darah daging sendiri ke kancah pelacuran semata-mata tamakkan wang. \r\n\n\n\n\rSi bapa akhirnya dipenjarakan selepas ditahan pihak berkuasa, malah ditonjolkan pelakuan anaknya yang seakan tidak sabar menanti kepulangan ayah dengan menandakan kalendar.\r\r\n\n\n\n\nApabila harinya tiba, si bapa yang tampak seakan sudah insaf mahu memulakan hidup baru kembali ke rumah dengan disambut senyuman si anak.  \rCuma dia yang mempunyai dua adik, selain ramai anak buah yang masih di bangku sekolah berasa agak terkilan apabila pada babak penamat ditonjolkan watak gadis lakonan Iqa Mentor membunuh bapanya.\rBukan sekadar menikam dan mengelar leher apabila ditonjolkan darah keluar membuak-buak dari bahagian itu, malah pada babak pertengahan jelas menampakkan si gadis sibuk mengasah pisau yang melambangkan simbolik hajatnya.\rKata Jay lagi, dia bukan seorang yang jumud, apatah lagi ketika dia menuntut di luar negara, masih ada tapisan terhadap penerbitan seumpama itu.\r\n\n\n\n\rLagi pun terangnya lagi kalau ikutkan kesesuaian, apa yang ditonjolkan menerusi perbuatan gadis itu lebih kepada pembalasan dendam bukannya karma yang menjurus kepada pembalasan Tuhan.\rApabila Cik Normah tengok klip berkenaan menerusi YouTube, barulah Cik Normah dapat berkongsi kebimbangan Jay kerana secara terang-terang menunjukkan cara membunuh, sekalipun didasari sebab musabab yang kukuh mengapa dia terdorong melakukan perbuatan itu. \rTidaklah Cik Normah katakan peminat tegar akan mengikuti perbuatan dalam klip video itu tetapi seharusnya mereka yang berkaitan lebih berhati-hati menghasilkan sesuatu penerbitan dan jangan jadikan kreativiti sebagai lesen untuk berkarya.\rKarma boleh ditonjolkan dalam pelbagai cara atau kerana perbuatan yang dilakukan manusia bukan karma. Atau jika mahu juga menunjukkan konsep salah itu, paparkan secara simbolik.\rDalam era serba mencabar ini individu berdepan dengan segala macam tekanan. Bermacam perkara boleh terjadi dengan kes jenayah di mana-mana. Bagi Cik Normah, daripada kita secara tanpa sengaja seakan mahu mengajar sesuatu yang tak elok, lebih baik tonjolkan pengajaran. \rHarap Faizal Tahir dan pasukannya memahami perkara ini. Kita tahu mereka mahu berkarya namun janganlah melampaui sensitiviti. Sebelum terjadi apa-apa lebih elok  kita berwaspada.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.062543 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list