CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

Sastera.com: Nasib novel perang di Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 19-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
LAMAN web The Atlantic di alamat www.theatlantic.com mempersoalkan kekurangan novel perang di Amerika Syarikat (AS) yang berlatarkan perang global terhadap keganasan (GWOT) yang tercetus sejak tragedi 11 September 2001.\rIni kerana bagi pengarang memoir Kaboom, Matt Gallagher, tradisi penulisan Amerika berlatarkan peperangan yang sangat dibanggakan itu, meledakkan ratusan memoir dan catatan kewartawanan di Iraq mahupun Afghanistan sejak pasca 9/11.\r\n\n\n\n\rIa meliputi pengalaman bertempur seperti My War karya Colby Buzzell dan Love My Rifle More Than You (Kayla Williams); cubaan memberi penjelasan tentang sebab dan proses perang seperti dibuat Donald Rumsfeld dalam Known and Unknown serta sorotan kewartawanan terhadap tentera infantri dalam War (Sebastian Junger).\r\r\n\n\n\n\n“Penulisan bukan cereka tentang perang berlipat ganda sejak 10 tahun kebelakangan ini sehingga frasa ‘muak terhadap perang’ dan ‘pasaran tepu’ terhadap karya berkenaan sering bermain-main di kalangan orang industri penerbitan.\r“Lain pula dengan karya cereka sehingga hampir sedekad selepas bom digugurkan di Afghanistan, ulat buku sendiri sukar mengenal pasti novel perang yang boleh dianggap sebagai karya yang mengungkapkan pertempuran generasi baru ini,” Gallagher dipetik berkata dalam laman terbabit.\rBanyak sebab yang melandasi kekurangan itu, iaitu daripada faktor esoterik bahawa perang perlu berakhir terlebih dulu sebelum pengarang fiksyen berupaya memahami kesan peperangan sehingga jawapan bersifat pragmatik - masyarakat tidak membaca karya cereka lagi.\rBeliau memetik pandangan pengkritik sastera di blog On Violence, Eric Cummings, yang menyalahkan industri penerbitan yang terlalu memberi tumpuan kepada memoir sehingga membantutkan pertumbuhan cereka.\r\n\n\n\n\r“Bagaimanapun Cummings mengakui draf pertama tentang perang memang dalam bentuk memoir seperti yang berlaku ketika Perang Dunia. Saya yakin Iraq dan Afghanistan novel akan datang serta mungkin lebih baik daripada memoir.\r“Banyak bukti terhadap proses penulisan fiksyen perang yang lama itu daripada novel klasik All Quiet on the Western Front karya Erich Maria Remarque kepada Catch-22 (Joseph Heller) dan The Things They Carried (Tim O’Brien) yang mengambil masa sedekad sebelum mula ditulis,” Gallagher dipetik berkata dalam laman terbabit.\rGallagher yang menyifatkan tempoh sedekad itu seolah-olah ‘gopoh’ berbanding novel berlatarkan perang di Vietnam yang diterbitkan tahun lalu, Mattherhorn karya Karl Marlantes dan Who Shot the Water Buffalo? (Ken Babbs) kerana pengarang mengambil masa 40 tahun untuk berbuat demikian.\r“Ia ditegaskan oleh veteran perang, Ernest Hemingway dalam suratnya kepada F Scott Fitzgerald: Sumur emosinya bukan saja sangat kaya dan luas, bahkan terlalu melukakan sehingga anak muda perlu mengambil masa untuk menyusun dan menyalurkannya ke dalam proses kreatif.\r“Bagaimanapun pandangan itu ada cacatnya apabila novel Three Soldiers karya John Dos Passos diterbitkan pada 1920 tidak berapa lama selepas tamat Perang Dunia Pertama, manakala Norman Mailer pula menghasilkan The Naked and the Dead berlatarkan Perang Dunia Kedua pada 1948,” Gallagher dipetik berkata dalam laman terbabit.\rBeliau turut merujuk kepada novel 365 Days karya Ronald Glasser pada 1971 ketika konflik Vietnam masih bergolak, selain The Quiet American (Graham Greene) pada 1955.\r“Meskipun belum ada novel berbobot muncul daripada Iraq atau Afghanistan, genre lain sudah meledakkan hasil seperti kumpulan puisi melalui Here, Bullet and Phantom Noise karya Brian Turner dan kumpulan cerpen (You Know When the Men Are Gone/Siobhan Fallon).\r“Persoalan ini saya kemukakan kepada pengikut Twitter saya dengan sebahagiannya beranggapan sudah ada novel sedemikian tetapi belum diterima umum, selain menganggap tahun kebelakangan ini sebagai dekad bermaklumat,” Gallagher dipetik berkata dalam laman terbabit.\rIa dialami sendiri oleh rakannya, Roy Sranton apabila menerima nasihat daripada dua ejen sastera, editor dan guru penulisan kreatif untuk mengubah manuskrip novelnya berlatarkan pengalaman sebagai Polis Tentera, National Guard di penjara mirip Abu Ghraib kepada memoir.\rIni kerana pasaran novel mendapat perhatian daripada pembaca wanita, tetapi mereka tidak berminat terhadap novel perang, manakala genre memoir lebih meluas skop pembacanya.\rGallagher berkata, masanya masih panjang untuk menikmati karya berbobot tentang GWOT seperti Perang Amerika-Filipian pada akhir 1800 dan awal 1900 yang menyaksikan banyak karya bukan cereka tetapi hampir tiada novel klasik mengenainya.\r“Mungkin juga ia tidak akan ditulis ketika kita masih hidup seperti terjadi pada Perang Napoleon yang ditulis oleh veteran Perang Crimean, iaitu Leo Tolstoy yang menghasilkan novel klasik, War and Peace,” Gallagher dipetik berkata dalam laman terbabit.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041293 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list