|
TH Properties jayakan program penyediaan bimbingan peperiksaan\rSELARAS dengan sasaran ditetapkan Gagasan 1Malaysia, Kumpulan Syarikat TH Properties menghulurkan sumbangan berjumlah RM36,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks KLIA dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks KLIA, di Sepang, Selangor.\r\n\n\n\n\r Pengurus Besar Perkhidmatan Korporatnya, Nur Adlan Taib, berkata sumbangan menerusi program Educare@Enstek’ TH Properties, bertujuan menjayakan program penyediaan bimbingan peperiksaan.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, ia memberi peluang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah terbabit mengikut kelas bimbingan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.\r“Ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat. \rInisiatif ‘Educare@Enstek’ TH Properties itu bertujuan memastikan kecemerlangan pendidikan pelajar sekolah sekitar Bandar Enstek dibangunkan bersama.\r“Pembangunan dilaksanakan tidak hanya memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal seperti kediaman dan jalan raya semata, tetapi memberi penekanan terhadap pembangunan masyarakat setempat,” katanya.\rSeramai 750 pelajar SMK Kompleks KLIA dan SK Kompleks KLIA akan mendapat manfaat dengan penyerahan cek bernilai RM24,000 dan RM12,000.\rSumbangan diserahkan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan baru-baru ini.\rBandar Enstek, terletak di Nilai, Negeri Sembilan, adalah projek pembangunan hartanah utama Kumpulan Syarikat TH Properties (THP). \rBandar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu dibangunkan sebagai projek komuniti berasaskan pengetahuan. \rPerancangan secara menyeluruh itu berjaya menarik institusi dan pelabur perindustrian terkenal seperti Akademi Audit Negara, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Cempaka International Ladies’ College, Epsom College dan Coca-cola Bottlers Malaysia Sdn Bhd, dan banyak lagi. \rSehingga kini, kira-kira 10,000 penduduk menetap di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|