View: 143|Reply: 0
|
Pengerusi MAS umum bersara
[Copy link]
|
|
TAN Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid mengumumkan akan bersara sebagai Pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) apabila tempoh perkhidmatannya tamat 31 Julai ini.\rBeliau yang telah memegang jawatan berkenaan sejak Ogos 2004, membuat pengumuman itu pada mesyuarat lembaga pengarah syarikat penerbangan itu yang dipengerusikannya semalam, kata MAS dalam kenyataannya.\r\n\n\n\n\r Mohd Munir yang kini adalah juga Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Bhd, telah berkhidmat dengan cemerlang di dalam perkhidmatan swasta dan awam di Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n Sebelum dilantik Pengerusi MAS, beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi Celcom Malaysia Bhd, Pengarang Kumpulan New Straits Times yang mana beliau berkhidmat dari 1979-1986, Pengerusi dan Ketua Eksekutif CIMB (1986 hingga 1993), serta Pengasas dan Pengerusi pertama Suruhanjaya Sekuriti (1993 hingga 1999).\rMohd Munir tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan, tetapi sumber berkata, Mohd Munir membuat keputusan bersara daripada menerajui Lembaga Pengarah MAS kerana berpendapat beliau sudah lama memegang jawatan berkenaan dan mahu memberi peluang kepada calon baru yang mempunyai idea lebih segar untuk membawa syarikat penerbangan kebangsaan itu ke peringkat lebih tinggi.\rSebelum ini terdapat juga laporan mengatakan pemegang saham terbesar MAS mungkin menjadikannya syarikat persendirian dan mengeluarkannya daripada penyenaraian di Bursa Malaysia bagi membantunya daripada terus menghadapi tekanan dari segi prestasi harga sahamnya yang tidak menentu di pasaran saham tempatan berikutan kenaikan harga bahan api.\rLangkah itu juga akan membantu MAS menstruktur semula operasinya dan apabila sudah stabil ia mungkin di senaraikan semula.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|