|
Pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 6.95 ditutup kepada 1,562.59 mata\rHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam berikutan aktiviti membeli saham murah terpilih, kata peniaga.\r\n\n\n\n\r Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 6.95 mata, atau 0.45 peratus untuk ditutup kepada 1,562.59 selepas dibuka 2.81 mata lebih tinggi pada 1,558.45.\r\r\n\n\n\n\n Indeks itu mendapat rangsangan daripada pemulihan saham CIMB selepas unitnya di Thailand, CIMB Thai Bank plc, mencatatkan keuntungan bersih 536.4 juta baht dalam setengah tahun pertama berakhir 30 Jun 2011.\rCIMB meningkat sembilan sen kepada RM8.53.\rHarga sahamnya lemah sejak dua hari lalu berikutan ura-ura bank pusat Indonesia mungkin mengehadkan pemilikan asing bagi bank domestik lewat tahun ini.\rLantunan semula pasaran saham AS semalaman yang kukuh dan petunjuk positif daripada bursa Asia juga menyebabkan pelabur mengambil pegangan.\r\n\n\n\n\rPasaran Asia tinggi semalam dirangsang laporan pendapatan kukuh daripada syarikat AS dan keyakinan bahawa ahli politik AS dan Eropah boleh bekerjasama untuk menangani masalah hutang mereka.\rSuasana pasaran bulis dengan 472 kaunter untung berbanding 266 kaunter rugi.\rBagaimanapun, jumlah dagangan turun kepada 803.41 juta saham bernilai RM1.3 bilion daripada 977.86 juta saham bernilai RM1.94 bilion kelmarin.\rIndeks Kewangan meningkat 85.88 mata kepada 14,718.68, Indeks Perladangan naik 28.28 mata kepada 7,691.16 dan Indeks Perusahaan menokok 5.21 mata kepada 2,850.54.\rIndeks Emas FTSE Bursa Malaysia menambah 48.97 mata kepada 10,711.02, Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia menokok 61.38 mata kepada 11,640.87 dan Indeks ACE FTSE Bursa Malaysia naik 18.12 mata kepada 4,114.75.\rPeniaga berkata, peserta pasaran teruja dengan penyenaraian Bumi Armada esok yang akan menjana minat dalam bursa tempatan, terutamanya dalam kaunter minyak dan gas.\rDi kalangan kaunter cergas, Ingenuity Solutions naik 1.5 sen kepada 9.5 sen, Ariantec Global tidak berubah pada empat sen manakala DVM Technology susut tiga sen kepada 14 sen.\rDalam saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.84, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM7.10 dan Sime Darby menokok lima sen kepada RM9.13.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 524.49 juta saham bernilai RM1.25 bilion daripada 668.4 juta saham bernilai RM1.88 bilion.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 181.46 juta unit bernilai RM29.4 juta daripada 193.44 juta saham bernilai RM40.38 juta sebelumnya.\rWaran turun kepada 95.1 juta saham bernilai RM18.04 juta daripada 114.17 juta saham bernilai RM21.23 juta pada Selasa.\rBarangan pengguna menyumbang 33.1 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 107.34 juta, pembinaan 33.87 juta, perdagangan dan perkhidmatan 175.6 juta, teknologi 16.58 juta, prasarana 9.82 juta, kewangan 61.46 juta, hotel 181,600, harta 74.5 juta, perladangan 9.35 juta, perlombongan 61,800, REITs 2.58 juta dan dana tertutup 57,000. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|