CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Kes Strauss-Kahn hadapi tuduhan cubaan rogol semakin serius

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PARIS: Skandal cubaan rogol membabitkan bekas ketua pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn menjadi semakin serius semalam, selepas ibu kepada salah seorang wanita yang mendakwanya, mengaku dia juga pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum ini.\rWanita terbabit, Anne Mansouret, seorang pegawai di pejabat Parti Sosialis memberitahu beberapa media di Perancis bahawa dia melakukan hubungan seks dengan Strauss-Kahn pada 2000 di sebuah pejabat milik Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), yang juga tempat kerjanya.\r\n\n\n\n\rBerita itu dilaporkan buat kali pertama oleh majalah mingguan L’Express, yang menyatakan Mansouret mengesahkan perkara itu dalam soal siasat dengan pegawai yang menyiasat dakwaan cubaan rogol dikemukakan anak perempuannya, Tristan Banon.\r\r\n\n\n\n\nMansouret, 65, juga mengesahkan kepada akhbar harian Liberation bahawa berlaku satu insiden di pejabat OECD tetapi enggan memberi butiran terperinci dan berkata ia hanya berlaku sekali.\rBanon mendakwa Strauss-Kahn cuba merogolnya pada 2003, ketika beliau mahu menemuramahnya untuk sebuah buku. Mansouret mengaku dia tidak menggalakkan Banon mendakwa Strauss Kahn berikutan bimbang menjejaskan kerjayanya sebagai wartawan.\rStrauss-Kahn menafikan dakwaan itu dan menyifatkan kenyataan Banon sebagai ‘khayalan’. \rBeliau berada di New York bagi menghadapi dakwaan melakukan serangan seksual dan cuba merogol seorang pekerja hotel di bandar raya itu.  – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.281194 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list