CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Galak pelaburan domestik imbangi FDI

[Copy link]
Post time 21-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan mahu syarikat tempatan jana ekonomi  sektor pembuatan, perkhidmatan\rKERAJAAN kini giat menggalakkan pelaburan langsung domestik dalam sektor pembuatan serta perkhidmatan bagi menyeimbangkan sumbangan pelaburan langsung asing (FDI) dengan domestik pada masa depan.\r\n\n\n\n\r  Ketika ini 60 peratus pelaburan dalam negara disumbangkan FDI manakala 40 peratus adalah pelaburan domestik.\r\r\n\n\n\n\n  Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Tan Sri Sulaiman Mahbob, berkata pelaburan langsung domestik kini lebih bertumpu kepada sektor pembinaan, perladangan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).\r“Kerajaan kini memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan itu kerana ia mampu menjadi penampan pertumbuhan ekonomi negara terutama ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan.\r“Selain itu pelaburan tempatan juga mewujudkan nilai tambah kepada ekonomi negara,” katanya kepada media selepas Forum Bersarapan Ketua Eksekutif 2011 yang dianjurkan Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) di Kuala Lumpur semalam.\rSulaiman juga mahu pelabur tempatan meraih peluang daripada insentif ditawarkan kerajaan dalam sektor utama di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).\r\n\n\n\n\rSementara itu, Ketua Ahli Ekonomi MARC, Nor Zahidi Alias mengunjurkan Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara empat hingga lima peratus tahun ini, meskipun berlaku ketidaktentuan ekonomi dunia berikutan masalah hutang kerajaan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.\rKatanya, Malaysia mampu mencatatkan pertumbuhan positif walaupun pada tahap perlahan didorong oleh penggunaan domestik yang tinggi.\rSelain itu, pelaksanaan projek di bawah ETP juga dijangka dapat menyokong pertumbuhan ekonomi.\r“Kerajaan memberi penekanan kepada pelaburan langsung domestik di bawah ETP bertujuan mengekalkan aliran pelaburan di negara ini. Jika berlaku kegawatan ekonomi global yang akan menjejaskan pelaburan langsung asing, kita sekurang-kurangnya mempunyai pelaburan domestik untuk menyokong ekonomi negara,” katanya. \rBagaimanapun, Nor Zahidi berkata, terdapat kemungkinan pelaburan domestik juga terjejas jika berlaku kemelesetan berganda di AS berikutan pendedahan terbuka ekonomi negara kepada pasaran AS. \r“Kami memerhati dengan teliti tarikh 2 Ogos iaitu tarikh akhir bagi AS menaikkan siling hutangnya. Saya jangkakan mereka akan menaikkan siling hutang kerana mereka tidak mahu sekali lagi menempuh insiden kemelesetan seperti 1937,” katanya.\rPada forum itu, MARC juga melancarkan  buku, Musings of a Financial Economist iaitu koleksi artikel isu ekonomi utama yang pernah ditulis Nor Zahidi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.364906 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list