CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Masih kuat, bertenaga

[Copy link]
Post time 21-7-2011 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Rosyam mahu buktikan usia bukan halangan beraksi lincah dan lasak \rROSYAM Nor sekali lagi menegaskan umur memang tidak pernah menjadi halangan bagi dia berlakon dalam filem bercorak aksi yang sarat dengan babak dramatik dan pergaduhan. \r\n\n\n\nKalau ada tawaran berlakon untuk melakukan aksi sedemikian, ditambah dengan jalan cerita menarik, dia memang tidak teragak-agak untuk menerimanya. \r\rMalahan pada 44 tahun, Rosyam sebenarnya masih bersemangat untuk menunjukkan kehebatan lakonannya membawakan watak lincah dan lasak apabila bersetuju menerima tawaran Skop Productions untuk beraksi dalam filem KL Gangster 2.\r\n\n\n\n\n\rBaginya, tawaran daripada penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam dan pengarahnya, Syamsul Yusof adalah peluang keemasan bagi mengembalikan kegemilangan lakonannya.\rRosyam berasakan peluang yang diberikan menunjukkan masih ada pihak sudi mengambilnya berlakon dalam filem yang lebih memfokuskan kepada golongan muda dan belia itu.\rJelasnya, selagi ada permintaan dan kudrat, doa menerima tawaran yang datang sebagai satu cabaran.\r“Saya sudah terima tawaran terbabit dan masih berbincang lagi dengan Datuk (Yusof) dan Syamsul tentang peranan saya dalam filem yang akan menjalani penggambaran selepas raya nanti.\r“Dengarnya saya akan diberikan watak King tetapi belum diputuskan lagi. Saya tak kisah watak apa yang akan diberikan tetapi rasa dihargai apabila diberi peluang macam ini,” katanya.\rMengakui dirinya masih kuat dan mampu melakonkan babak-babak ganas yang penuh dengan aksi pergaduhan, Rosyam ingin kembali ke layar perak bagi memberi tanggapan berbeza kepada peminat tentang dirinya.\rSering memegang watak romantik dalam drama TV atau filem bercorak drama, dia juga ingin memberikan kelainan tentang dirinya selepas melihat kejayaannya memegang watak Castello dalam filem terbabit pada tahun 2006.\r“Saya tak ada masalah untuk membawakan watak sebegini (lasak). Lagipun saya memang sudah lama menunggu nak membuat kemunculan dalam filem aksi. Kalau ada aksi-aksi lasak yang tak dapat dilakukan, kita ada pelakon lagak ngeri.\r“Kekuatan dan tenaga lakonan saya masih lagi baik tetapi yang paling penting kualiti lakonan dan Alhamdulilah saya masih lagi bersemangat dan sihat,” jelasnya.\rMemilih lakonan yang bersesuaian dengan diri amat penting bagi melahirkan watak yang berkualiti, malah Rosyam tidak pernah menolak untuk berlakon dalam filem romantik tetapi yang bersesuaian dengan usianya.\rBaginya, seseorang penerbit dan pengarah yang serius dalam bidang lakonan perlu tahu kredibiliti dan keupayaan seseorang pelakon sebelum menawarkan watak.\rKatanya, selepas 26 tahun terbabit dalam bidang lakonan, Rosyam amat mementingkan kualiti lakonannya agar watak yang di bawa dapat memberi impak kepada penonton.\r“Filem terakhir saya dengan Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang dan lepas itu saya banyak terbabit dalam drama. Bagi saya kualiti lakonan amat penting dan ia perlu seiring dengan populariti.\r“Kita memang ada ramai pelakon muda yang berkebolehan seperti Shahiezy Sam dan Adi Putra, cuma mereka kena pandai pilih watak agar orang tak bosan dengan lakonan kita. \r“Melihat lakonan Adi Putra dalam KL Gangster menunjukkan dia ada masa depan yang cerah dalam bidang ini,” jelasnya.\rTak sabar tunggu Libas\rROSYAM juga tidak mahu melepaskan peluang untuk terbabit menerbitkan filem bercorak aksi selepas mendapat cerita seperti mendapat sambutan baik daripada penonton. \rFilem yang akan mendapat sentuhan pengarah, Bada Azmi itu masih belum mempunyai judulnya dan dijangka kan menjalani penggambaran selepas raya nanti.\r“Saya lihat aliran sekarang banyak filem aksi jadi terlintas di hati untuk menghasilkan filem macam itu tapi belum tahu judulnya. Saya banyak fokus kepada drama dan yang terbaru drama Trilogi Cinta 2 dan Tribute To P Ramlee. Asyik buat drama cinta saja mungkin ini peluang saya untuk buat filem aksi pula,” katanya.\rSelepas hampir enam bulan menyepi daripada dunia lakonan, Rosyam akan tampil dengan filem terbaru lakonannya, Libas arahan Jurey Latiff Rosli yang akan ditayangkan pada 29 September depan.\rFilem bercorak aksi dan fiksyen yang turut dibintangi Scha Al Yahya, Johan Raja Lawak, Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar itu memaparkan tentang kehebatan sukan sepak takraw.\r“Saya memegang watak Adnan Saladin atau digelar Raja Libas sebagai mengenang lagenda sepak takraw negara, Adnan Saidin bagi mengembalikan kegemilangan sukan warisan negara itu.\r“Saya bukan pemain takraw yang baik tetapi dalam filem ini banyak aksi dan libasan yang dilakukan bagi menampakkan karektor pemain takraw sebenar,” katanya.\rFilem yang menggunakan hampir 80 peratus teknik janaan komputer (CGI) itu menonjolkan pelbagai aksi perlawanan sepak takraw dengan pelbagai negara. Lebih memeranjatkan, aksi yang dilakukan Rosyam turut mengundang kecederaan parah pada bahu kirinya.\r“Selepas kejadian itu hampir setahun saya tak berlakon dan perlu berehat bagi betul-betul sembuh baru boleh berlakon semula. Banyak aksi dalam filem ini kita kena lakukan sendiri dan Alhamdulilah kecederaan yang saya alami tidak menjejaskan lakonan saya,” jelasnya.\rSelepas berehat panjang bagi memulihkan kecederaannya, kini Rosyam bersemangat untuk beraksi semula di pentas lakonan, malah baginya tiada istilah berehat sejak menceburi bidang lakonan walaupun sudah enam bulan tidak berlakon.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.417645 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list