View: 162|Reply: 0
|
TNB catat kerugian bersih RM440.2 juta
[Copy link]
|
|
TENAGA Nasional Bhd (TNB) mencatatkan kerugian bersih RM440.2 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2011 berbanding keuntungan bersih RM1.107 bilion pada suku yang sama tahun lalu berikutan peningkatan kos bahan api.\rPendapatannya dalam tempoh itu bagaimanapun meningkat kepada RM7.768 bilion berbanding RM7.723 bilion sebelumnya.\r\n\n\n\n\rBagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mei 2011, syarikat utiliti itu masih mencatatkan keuntungan bersih RM903.0 juta, lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM2.814 bilion.\r\r\n\n\n\n\nPengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata pengurangan bekalan gas berikutan penutupan loji pemprosesan gas oleh Petronas untuk kerja baik pulih sudah menyebabkan syarikat utiliti berkenaan terpaksa menggunakan minyak sebagai sumber alternatif untuk menjana elektrik bagi keperluan negara.\rPeningkatan harga arang batu juga turut menaikkan kos operasinya, sekali gus menyumbang kepada kerugian pada suku ketiga itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|