CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

22 maut panas melampau

[Copy link]
Post time 22-7-2011 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Suhu di  timur Amerika dijangka  meningkat hingga 38 darjah celsius\rCHICAGO: Gelombang panas yang melanda bahagian tengah dan selatan Amerika, sudah mengorbankan 22 orang minggu ini, manakala jabatan perkhidmatan kaji cuaca meramalkan gelombang yang sedang menuju ke timur itu akan berterusan selama beberapa minggu lagi.\r\n\n\n\n\rJabatan itu melaporkan, seramai 141 juta penduduk di lebih 20 negeri di Amerika diberi nasihat atau amaran berikutan suhu yang semakin panas, manakala bahagian tengah Amerika sudah mengalaminya sejak akhir Mei.\r\r\n\n\n\n\nDi Wichita, Kansas, jabatan kaji cuaca memberi amaran bahawa suhu akan meningkat hingga 38 darjah celsius setiap hari hingga hingga Selasa depan.\r“Keadaan cuaca terlalu panas dan sungguh menyiksakan,” kata jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Chris Vaccaro.\rGelombang panas dilaporkan sedang bergerak menuju ke bahagian tengah Atlantik. \rSuhu diramal mencapai 32 darjah celsius di Washington DC dan dijangka meningkat kepada 38 darjah celsius menjelang esok.\rPakar kaji cuaca berkata, gelombang panas dijangka berterusan hingga Ogos di kebanyakan negeri di timur Amerika.\rLaman web Pusat Perkhidmatan Perubahan Iklim Global, AccuWeather.com meramalkan, kesan daripada gelombang panas kali ini dari segi kehilangan nyawa, penggunaan tenaga elektrik, kerosakan jambatan dan jalan raya akan mengatasi gelombang panas 1995, yang mengorbankan ratusan nyawa di Chicago saja.\rJabatan Kaji Cuaca melaporkan, beberapa hospital di Wichita sudah merawat sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit yang dikaitkan dengan kesan cuaca panas. \rDi Des Moines, Iowa, seramai 16 orang dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit akibat terdedah dengan cuaca  terlalu panas. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.042308 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list