View: 143|Reply: 0
|
CAT - Golongan remaja bantu kurangkan jenayah
[Copy link]
|
|
SETAHUN selepas dilancarkan, ‘Crime Awareness Team’ atau singkatannya CAT berjaya mengumpul kira-kira 7,000 ahli sukarela dari seluruh negara yang sebahagian besar daripada mereka disertai pelajar dan belia.\rPenubuhan hasil penganjuran program Makmal Jenayah membabitkan 30 agensi kerajaan dan swasta pada Oktober 2009 itu bertujuan menyediakan platform sesuai bagi golongan remaja memainkan peranan mengurangkan statistik jenayah jalanan.\r\n\n\n\n\r Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Wasitah Mohd Yusof, berkata sambutan menggalakkan diterima pihaknya dan tindak balas baik diterima masyarakat terhadap CAT.\r\r\n\n\n\n\n Sambutan membanggakan itu kata beliau memberi idea kepada pihaknya melebarkan pasukan ke peringkat sekolah memandangkan golongan ini perlu diberi kesedaran awal mengenai pentingnya mencegah jenayah.\r“Kami mempunyai perancangan teliti bagi menjayakan inisiatif CAT. Menjelang tahun ini, kami mensasarkan CAT menjadi medan terbaik kepada pelajar sekolah menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis dan agensi berkaitan.\r“Ini adalah kesinambungan Kelab Pencegahan Jenayah sedia ada di setiap sekolah. Penyertaan ini membolehkan mereka sentiasa peka kepada persekitaran dan sedia menyalurkan maklumat untuk dibanteras bersama,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.\rBeliau berkata, pasukan sukarelawan terdiri daripada belia berumur antara 15 hingga 25 tahun itu pada awalnya dibentuk bagi mengurangkan kes sedia ada bertemakan `Bantu Cegah Dan Bantu Untuk Tidak Terbabit Dalam Jenayah’.\r\n\n\n\n\rKatanya, CAT yang baru dilancarkan di Perak, baru-baru ini sudah mengumpul ahli yang ramai di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.\r“Sepanjang tahun lalu, kami berjaya menganjurkan 767 kem interaktif kepada ahli CAT dan menyasarkan sehingga hujung tahun ini, CAT melengkapkan 1,500 aktiviti di samping menambah 6,600 ahli baru.\r“CAT diwujudkan sebagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) negara mengurangkan jenayah melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP),” katanya.\rAktiviti di bawah inisiatif itu, kini dalam proses untuk diperluaskan ke seluruh negara dan 222 kawasan Parlimen.\rWasitah berkata, remaja yang berminat menyertai CAT perlu mengisi borang pendaftaran. Borang boleh dimuat turun dalam laman sesawang Rakan Muda, www.2-U.com.my; atau menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|