View: 233|Reply: 0
|
Godam: 'Jangan biarkan DBP terus tenat!'
[Copy link]
|
|
PERMASALAHAN penerbitan dan pengedaran majalah mahupun buku terbitan DBP selepas penswastaan Bahagian Percetakan dan Pemasarannya berkuat kuasa 2002, mencapai tahap nazak apabila 10 majalah terbitan badan berkanun terbabit isu Julai gagal berada di pasaran.\rPerkara ini sudah pun dalam pengetahuan penulis pada awal Julai lalu apabila seorang pengarang veteran di utara tanah air menghubungi penulis bertanyakan apakah majalah terbitan DBP bagi isu Julai turut tidak berada di pasaran Kuala Lumpur, sebelum akhirnya satu e-mel menyusul berhubung perkara sama.\r\n\n\n\n\rSebenarnya, penulis sudah beberapa kali membangkitkan isu terbabit dalam Sastera, Berita Harian, termasuk Moleknya duduk semeja, berbincang pada 21 Januari 2010 dan terakhir, DBP Serah Laporan (12 Mei 2010).\r\r\n\n\n\n\nDalam laporan terbabit turut dimaklumkan bahawa pengurusan kanan DBP sudah pun mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 9 April 2010.\rBagaimanapun nampaknya isu terbabit tidak selesai sehingga kini, mengakibatkan semua 10 majalah terbitan DBP termasuk Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Budaya dan Dewan Masyarakat, gagal menemui pembaca.\rRisikan penulis kepada beberapa sumber yang rapat dengan badan berkanun terbabit mendedahkan Dawama tidak berupaya menerbitkan semua majalah DBP kerana berdepan dengan masalah ketiadaan stok kertas.\rAlasan terbabit amat tidak masuk akal memandangkan sebagai badan percetakan dan penerbitan, apalagi selepas diswastakan, sepatutnya Dawama mempunyai pelan jangka pendek berhubung simpanan kertas untuk kegunaan syarikat.\r\n\n\n\n\rMalah ‘wajib’ juga mempunyai stok jangka panjang yang mengambil kira turun naik harga komoditi terbabit di pasaran dan menjadi sebahagian daripada strategi dalam perkiraan menstabilkan untung rugi dalam perniagaan!\rJika Dawama boleh menerbitkan al-Quran digital, e-Qalam pada 2009 dan turut dipamerkan untuk jualan pada Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2009, Jerman, bagaimana persoalan ketiadaan stok kertas boleh terlepas pandang?\rApalagi sejak penswastaan Bahagian Pemasaran dan Percetakan DBP, nisbah agihan perkongsian perniagaan lebih menguntungkan Dawama iaitu 20:80 (DBP-Dawama) untuk judul umum, manakala buku teks 30:70 (DBP-Dawama).\rAneh juga dengan nisbah perkongsian perniagaan sedemikian, apalagi mengambil kira keuntungan jualan buku teks terbitan DBP RM600 juta setahun, Dawama berdepan dengan masalah tidak mampu menyediakan stok kertas!\rAda baiknya kegagalan Dawama menerbitkan semua 10 majalah terbitan DBP dalam masa ditetapkan sehingga memaksa badan berkanun terbabit melantik penerbit lain untuk mencetaknya bagi isu Julai, dibentangkan kepada Kementerian Pelajaran selaku ‘abang’ kepada DBP.\rDengan mengemukakan laporan lengkap, kelemahan penswastaan Bahagian Pemasaran dan Percetakan DBP, sehingga Dawama diberi hak eksklusif mencetak dan memasarkan buku serta majalah DBP berkuatkuasa 1 September 2002, dibuka untuk dikaji semula!\rSekalipun dengan kajian terperinci Unit Perancangan Ekonomi (EPU), penswastaan yang sepatutnya untuk tempoh 12 tahun dan hanya boleh dibatalkan jika dipersetujui kedua-dua pihak, wajar dikaji semula memandangkan selepas hampir sembilan tahun pelaksanaannya, banyak masalah timbul.\rPenulis juga diberitahu, penswastaan Bahagian Pemasaran dan Percetakan DBP juga berkesudahan dengan ratusan syarikat percetakan milik Bumiputera yang diwujudkan di bawah konsep payung, gulung tikar kerana tidak diberi peluang mencetak buku terbitan DBP.\rTiada lagi alasan untuk mempertahankannya dan untuk tidak membuka pintu perbincangan, apalagi DBP membabit kepentingan pembayar cukai negara ini yang menyumbangkan kepada setiap sen operasi badan berkanun terbabit!\rHendaknya segala macam pendedahan oleh media, kepimpinan di Kementerian Pelajaran dapat memastikan kes DBP dan Dawama diberi perhatian segera kerana badan kanun terbabit khususnya, membawa citra bahasa, sastera serta bangsa Melayu kerana 99.9 peratus pekerjanya adalah Melayu!
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|