CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Ramadan Dinanti Syawal Dirai: Moreh peluang ‘jeling’ gadis

[Copy link]
Post time 1-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RAMADAN menjadi tapak mempertemukan pemuisi, Abdulhadi dengan isterinya, Hamidah Mahmud, sehingga rumah tangga tidak mungkin akan dilupakan pasangan terbabit, meskipun peristiwa manis itu sudah 33 tahun berlalu dan mereka dikurniakan tujuh anak serta sembilan cucu.\rSegala-galanya bermula dengan ‘kenakalan’ zaman remaja pemuisi itu yang meskipun dipagari budaya masyarakat timur yang berpasakkan agama dan adat, tetapi tetap sempat meninjau senarai nama jemaah yang menyediakan moreh setiap selepas Terawih.\r\n\n\n\n\r“Moreh seperti cendol, lompat tikam, sagu, sagupa, caca dan ondeh-ondeh disediakan secara bergilir-gilir oleh jemaah, tetapi bukan makanan itu yang kami nantikan, sebaliknya gadis bakal menghidangkan kepada jemaah kerana kebetulan surau tempat kami menyenaraikan nama mereka pada takwim atau kertas imsak di dinding balaisah.\r\r\n\n\n\n\n“Kami yang muda-muda memang berasa seronok kerana berpeluang untuk melihat anak gadis kampung kami yang ditugaskan menghidang moreh. Peluang untuk jeling dan ‘pasang urat’ kepada gadis yang diminati terbuka luas dan antara yang menjadi sasaran ialah Hamidah,” katanya  katanya kepada Sastera, baru-baru ini.\r“Saya beli Air batu di kedai berhampiran Stesen Bas Kota Bharu dan menjajanya di sekeliling kampung. Pada usia belasan tahun dengan bermodal RM3 saja dan meraih sedikit keuntungan sudah cukup memberi kegembiraan kerana setidak-tidaknya masa diisi secara berfaedah,” katanya yang menghasilkan kumpulan puisi Negeri Di Bawah Bulan, Racun Abadi dan Ruang Dalam.\rAbdulhadi yang pernah memenangi hadiah Utama Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1985; Hadiah Sastera Malaysia 1984/85 dan 1986/87 serta Sayembara Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena 1989, turut menjual mercun pada harga 20 sen sepapan dalam usaha mendapat wang saku sempena Ramadan.\r“Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya sehingga ke hari ini bunyi tembakan meriam dari Padang Merdeka di Kota Bharu pada zaman remaja saya yang menandakan masuk waktu imsak, sekali gus mengisyaratkan supaya berhenti makan pada waktu sahur itu,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.068626 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list