CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Jawablah!: Tiada jaminan kekal bersama

[Copy link]
Post time 3-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Shuib paling banyak terima tawaran secara solo\rBELUM hilang pun bahang gelaran Maharaja Lawak yang berada dalam genggaman, sudah terdengar cerita kurang enak mengenai kumpulan Sepah apabila mereka dikatakan bakal membawa haluan masing-masing tidak lama lagi. Atau dalam bahasa mudahnya, Sepah yang dianggotai Shuib, Jep dan Mamat ini bakal berpecah.\r\n\n\n\n\rTerkejut juga apabila mendapat tahu mengenai berita ini, memandangkan jika dilihat dari pandangan mata kasar, hubungan antara tiga jejaka ini memang cukup erat. Justeru, di manakah silapnya sehingga mereka nekad untuk mengambil keputusan sebegitu?\rApakah di sebalik kemesraan yang ditonjolkan itu, Sepah sebenarnya sedang bergolak? Bertemu kumpulan yang berasal dari Johor ini sewaktu mereka menjayakan program Gegar Raya Kg Pening Lalat bersama Datuk Siti Nurhaliza di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam Ahad lalu, Hip membangkitkan persoalan itu kepada mereka.\r\n\n\n\n\n\rSambil menegaskan tiada sebarang perpecahan yang akan berlaku ke atas kumpulan itu dalam masa terdekat ini, Sepah menjelaskan apa yang berlaku, mereka mendapat tawaran secara solo daripada pihak penganjur. Memandangkan dunia seni masih menjadi punca rezeki, mahu atau tidak, mereka terpaksa menerimanya walaupun menyedari tindakan mereka itu bakal mengundang pelbagai spekulasi.\rHip: Khabarnya Sepah bakal membawa haluan masing-masing selepas ini atau bahasa mudahnya berpecah. Tolong jelaskan.\rSepah: Memang benar kami akan membawa haluan masing-masing. Malah, sekarang ini perkara itu pun sudah berlaku. Tetapi bukanlah bermakna kami berpecah. Cuma, kami mendapat tawaran untuk mengadakan persembahan secara solo. Ada yang menawarkan kami untuk berlakon dan juga undangan pertunjukan pentas. Memandangkan bidang seni ialah punca rezeki kami, jadi kami perlu teruskan juga walaupun jika diikutkan, kami mahu penganjur mengundang kami sebagai Sepah dan bukannya secara solo. Pernah juga kami bertanyakan kepada mereka (penganjur), mengapa tidak mengundang kami bertiga? Biasanya, jawapan yang mereka berikan ialah bajet yang terhad.\rHip: Siapa yang paling banyak mendapat tawaran secara solo? Dan, apa perasaan anggota lain apabila perkara seperti ini berlaku? \rSepah: Paling banyak mendapat tawaran secara solo adalah Shuib. Pada kami itu adalah rezeki masing-masing dan kami tak ada hak untuk menghalangnya. Malah kami juga merestui apa saja anggota Sepah lakukan demi kebaikan bersama. Tidak timbul soal cemburu kerana seperti yang kami nyatakan tadi, itu rezeki masing-masing. Pada kami, ini juga satu latihan jika satu hari nanti, ada anggota Sepah tidak dapat bersama-sama membuat persembahan, kami tidak akan kekok kerana sudah terbiasa. Lagipun, siapa tahu satu hari nanti, kami berpecah juga akhirnya. Kita tidak tahu apakah akan selama-lamanya kami akan bersama dan kami sendiri tiada jaminan mengenai perkara itu.\rHip: Selepas menang Maharaja Lawak, bagaimana dengan tawaran persembahan kumpulan Sepah?\rSepah: Selepas menang, program paling besar yang Sepah jayakan ialah persembahan pada malam ini. Jep sebenarnya baru saja pulih daripada sakit. Manakala tawaran persembahan lain pula, adalah sikit-sikit.\rTidak tahu menahu mengenai Lawak Minggu Ini\rHip: Dalam promo yang dikeluarkan, katanya Sepah akan terbabit dalam program Lawak Minggu Ini, tetapi kamu menafikannya. Kenapa ya? Ada perkara yang tidak kena?\rSepah: Sejujurnya, kami sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara ini memandangkan kami tidak pernah mendapat undangan secara rasmi daripada pihak Astro. Sehingga kini kami tidak mendapat hitam putih daripada mereka mengenai hal ini, jadi bagaimana kami hendak menyertainya? Terus terang kami tidak boleh melakukan perkara ini pada saat-saat akhir kerana ia bukanlah perkara mudah. Jika benar mereka mahukan kami menyertai program ini, mereka seharusnya datang bertemu kami dan memberikan maklumat lengkap mengenainya supaya kami lebih bersedia.\rHip: Mungkin akan ada yang menganggap Sepah sudah mula besar kepala apabila meminta pihak Astro datang \'menyembah\' semata-mata untuk mengundang anda menyertai program itu?\rSepah: Kami pernah tidak besar kepala dan kami masih lagi mengingati jasa Astro yang menjadikan Sepah dikenali sehingga ke hari ini. Cuma seperti yang kami jelaskan tadi, Sepah tidak boleh membuat kerja pada saat-saat akhir. Jika mereka mengundang kami sekarang pun, terus-terang kami tidak dapat menunaikannya kerana Sepah sangat sibuk pada bulan puasa ini. Kami banyak terbabit dengan aktiviti kebajikan dan juga mengadakan majlis bersama peminat yang banyak menyokong kerjaya kami sebelum ini. Semua aktiviti itu pula diadakan di Johor. Jadi memang kami tak dapat menyertai program Lawak Minggu Ini itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.359992 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list