View: 116|Reply: 0
|
Kelab TaHa bantu generasi muda tunai haji
[Copy link]
|
|
GENERASI muda perlu mengubah persepsi menunaikan ibadat haji pada usia emas sedangkan tuntutan itu boleh dilaksanakan lebih awal dengan kaedah menabung secara berhemah.\rPengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan, Hamidun Ibrahim, berkata apabila mereka sudah ada wawasan menunaikan ibadat itu lebih awal, pastinya masing-masing sudah mempunyai perancangan membuat tabungan.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, persediaan penting bagi membolehkan setiap urusan berjalan lancar dan jemaah muda lazimnya lebih bersedia mental dan fizikal.\r\r\n\n\n\n\n “Kesedaran ke arah itu perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya mereka sentiasa bersemangat untuk melakukan yang terbaik.\r“Kebanyakan anak muda kini tidak menjadikan urusan menunaikan haji sebagai keutamaan, mereka lebih banyak membelanjakan wang kepada urusan yang boleh dikatakan tidak perlu.\r“Usaha murni mereka boleh dilaksanakan dengan menyertai Kelab TaHa terbuka kepada murid sekolah rendah, pelajar dan mahasiswa,” katanya.\rBeliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Kelab Tabung Haji (TaHa) di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rIPGKPT menjadi institut pengajian tinggi awam di Wilayah Persekutuan (WP) pertama dipilih Tabung Haji dengan 85 peratus daripada siswa institut terbabit menganggotai Kelab TaHa.\rKelab TaHa diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada golongan muda menyimpan untuk urusan menunaikan haji mengikut perancangan individu daripada segi masa bergantung kepada jumlah simpanan bulanan termasuk agihan dividen.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|