View: 160|Reply: 0
|
Ramadan Dinanti, Syawal Dirai: Tengkuk kambing air tangan Raja Azhar Idris
[Copy link]
|
|
SIAPA sangka, figura yang juga pemilik Art Case Galleries, Raja Azhar Idris, pandai memasak dan akan menjadi sasaran rakan, pelajar Malaysia dan jiran tetangga setiap kali Ramadan menjenguk diri ketika beliau menetap di Australia selama lebih 15 tahun.\rSehingga hari ini beliau akan tersenyum sendiri apabila mengenang pengalaman menyediakan sup tengkuk kambing sebagai hidangan utama untuk berbuka puasa yang mengundang rasa pelik khususnya di kalangan rakan rakyat negara Kanggaru.\r\n\n\n\n\r“Memang lucu melihat riak muka warga Australia yang berkerut dahi apabila melihat saya menyediakan tengkuk kambing sebagai hidangan. Menariknya sup yang saya sediakan habis licin dimakan walaupun pada mulanya mereka agak keberatan untuk mencubanya,” katanya yang berasa puas jika masakan daripada air tangannya digemari ramai.\r\r\n\n\n\n\nRaja Azhar yang tidak pernah berasa sunyi sepanjang berpuasa dan meraikan Aidilfitri di Australia kerana turut ditemani ahli keluarganya, ditambah pula jumlah rakyat Malaysia yang berada di negara itu ramai turut bergotong-royong memasak hidangan berbuka puasa beramai-ramai di Malaysian Hall. \r“Aktiviti utama pada Ramadan tentunya memasak makanan Melayu untuk juadah berbuka puasa. Aktiviti bertukar juadah seperti di Malaysia juga diamalkan semasa Ramadan di negara itu. Kami akan bergilir-gilir memasak dan selalunya setiap Jumaat, Malaysian Hall akan dipenuhi warganegara Malaysia.\r“Kami akan berbuka bersama, bersembahyang Tarawih dan moreh bersama-sama di Malaysian Hall. Kebiasaannya kaum ibu rakyat Malaysia yang bermastautin di sana akan menyediakan juadah moreh dengan hidangan yang biasanya hanya boleh diperoleh di Malaysia termasuklah kuih-muih,” katanya yang bersungguh-sungguh bercerita.\rMeskipun berada jauh beribu batu di perantauan, suasana Ramadan tetap meriah kerana jumlah rakyat Malaysia yang menetap dan menuntut di sana agak ramai sehingga mereka akan berkumpul untuk mengerjakan sembahyang Terawih, berbuka puasa dan mengadakan perjumpaan hari raya.\r\n\n\n\n\rRaja Ahmad turut mendedahkan bahawa ramai rakyat Australia yang sangat menggemari hidangan air sirap sehingga pada setiap kali jamuan atau majlis di Malaysian Hall, minuman terbabit akan dibancuh bagi membasahkan tekak semua yang hadir.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|