|
MULA-MULA tu, Cik Normah ingat dah malas nak tulis pasal cerita yang ala-ala mengata, mengenangkan kita semua berada pada bulan puasa. Tetapi, apabila seorang peminat beriya-iya mengatakan, ini bukannya cerita yang memburukkan sesiapa, sebaliknya sebagai ingatan buat semua, maka Cik Normah gagahkan juga jari-jemari ini mengetuk cerita yang diharap tidak mengguris hati.\rKisahnya, apabila akhbar nombor satu mengeluarkan artikel mengenai Black, Rabu lalu, siap dengan gambarnya sekali, maka peminat ini pun terus menghubungi rakan Cik Normah di pejabat, menyatakan rasa kurang puas hati dengan penyanyi kesukaannya itu.\r\n\n\n\n\rKata peminat itu, memanglah selama ini dia cukup menyanjungi penyanyi berasal dari Kuala Lumpur itu, yang dilihatnya sangat merendah diri dan kelihatan begitu dekat dengan peminatnya. Ditambah vokal yang meletup, maka dia pun tanpa ragu-ragu memilih Black sebagai artis yang sangat diminati masa kini.\r\r\n\n\n\n\nTetapi sayangnya, kata peminat yang sedikit terluka itu, imej Black yang gemar menayangkan badan dengan hanya bersinglet sejak akhir-akhir ini membuatkan dia dan beberapa teman lain berasa kurang selesa.\rDia tahulah Black sudah mula membentuk otot-otot sasa demi penampilan lebih menarik, tetapi dia dan temannya tidak berasakan, tindakan Black memakai singlet ketika muncul di pentas sesuatu yang dilihat sopan. Mereka lebih suka Black muncul dengan imej dulu-dulu, berkemeja mahupun berjaket, yang menutup badan tegapnya itu.\rKatanya lagi, kalau Black masih muncul dengan imej singlet di pentas, dia dan rakan yang lain mungkin akan beralih kepada penyanyi lelaki lain, yang lebih sopan penampilannya. Wah, siap beri ‘amaran’ lagi. \rCik Normah tidak berani hendak komen apa-apa sebab itu semua pandangan peminat bekas juara Mentor berkenaan. Yang pasti, memang Cik Normah pun perasan badan Black makin sasa sejak kebelakangan ini dan dia nyata sekali berani tampil bersinglet untuk menonjolkan otot-ototnya yang hebat itu di hadapan peminat. \r\n\n\n\nJangan beraya dengan singlet ketika menyambut kedatangan peminat ke rumah, pada Aidilfitri nanti, sudahlah ya Black.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|