CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Cerita gosip lebih menonjol

[Copy link]
Post time 5-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Lena mengharapkan single Sisah Kisah Kita meletakkan dirinya dikenali sebagai penyanyi\rMEMILIKI suara basah, wajah jelita dan perjalanan sebagai anak seni mungkin bonus yang perlu digenggam kemas pemilik nama sebenar Lenaber Haidir atau panggilan seninya, Lena.\r\n\n\n\n\rNamun dek kerana fitnah, genggaman seorang anak seni ini pernah sedikit terlerai apabila dia pernah dikaitkan melakukan perkara tidak senonoh bersama seorang peserta yang juga dilahirkan dari Akademi Fantasia Musim ke-9 (AF9).\r\r\n\n\n\n\nMenjangkau usia remaja, membuatkan gadis berusia 21 tahun yang dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah ini sentiasa berhati-hati supaya tidak lagi terpalit dengan kisah yang mencalarkan maruahnya sebagai artis.\rPenyanyi bertubuh langsing ini terus-terusan menyangkal dakwaan dan fitnah yang dianggap mahu menjatuhkan kerjaya dan maruahnya.\r“Fitnah yang dibuat ke atas saya itu tidak menaikkan nama saya sebaliknya hanya menjatuhkan maruah saya. Saya mengambil sikap mendiamkan diri namun tidak kisah jika wartawan mahu bertanyakan kebenaran cerita yang direka ini,” katanya.\rAnak ketiga daripada enam adik beradik ini juga menganggap kehadiran buah mulut yang dilayangkan di media itu mungkin disebabkan ada insan yang tidak menyenangi dirinya.\r\n\n\n\n\r“Tidak semua orang suka pada kita. Saya juga tidak ada hak untuk menghalang semua ini,” katanya tersenyum penuh makna.\rGadis berambut panjang yang gemar berkawan ini juga mahu peminat atau mereka yang mengenalinya tahu bahawa dia juga tidak mempunyai hubungan mesra dengan Azri yang sering digosipkan dengan dirinya kebelakangan ini.\r“Hubungan saya dan Azri juga hanyalah kawan biasa dan saya tidak menafikan selesa ketika bersamanya. Azri saya sifatkan sebagai lelaki yang pandai menghormati kawan-kawan,” katanya yang berterus-terang bahawa jejaka yang melangkah ke bidang seni dalam saluran yang sama itu tidak menepati ciri-ciri lelaki idamannya.\rWalaupun terpalit dengan cerita yang tidak menyenangkan, dia mengakui rezekinya semakin murah dan sempena Ramadan ini limpahan rezeki sentiasa mewarnai dirinya.\r“Syukur kerana sepanjang Ramadan ini setiap hari ada saja aktiviti seni dan undangan menghadiri majlis berbuka dan menyanyi,” katanya yang sudah melahirkan album single bertajuk Sisah Kisah Kita.\rBicara gadis ramah ini, dia juga sudah diintai beberapa produksi filem dan drama namun masih memikirkannya kerana masih di bawah pengurusan Astro.\r“Saya minat juga berlakon dan tidak salah mencuba sesuatu yang baru sebagai artis. Jika diberi watak untuk berlakon saya sukakan watak yang bersifat matang seperti watak seorang kakak,” katanya yang sudah lapan tahun tidak pulang ke kampung halaman di Sabah.\rBercerita mengenai Ramadan, Lena terus teringat dengan juadah buka puasa puasa kegemarannya iaitu makanan laut yang manis dan segar di kampung halamannya. \rBerbeza berbuka puasa di sana apabila saya dapat merasai keenakan makanan laut seperti udang, ketam dan ikan segar.\r“Masakannya juga sedap dan menyelerakan,” katanya yang terliur mengenangkan saat-saat indah berbuka dengan masakan laut bersama keluarga tersayang.\rMengulas soal kerjaya, Lena menjelaskan dia ini sudah menyiapkan empat lirik lagu untuk dimuatkan dalam albumnya nanti.\r“Saya menulis lirik lagu Ku Ingin Pergi, Cinta Seorang Wanita, Hatiku Terpikat Dengannya  dan semuanya bertemakan cinta. Sifat saya yang suka berimaginasi membuatkan saya mendapat idea daripada setiap apa yang dilihat,” katanya yang menafikan lirik itu ada kena mengena dengan kisah cintanya.\rMenyingkap kisah cinta, wanita ini mengakui hatinya masih belum diisi dan tidak menafikan mempunyai kawan rapat dari kalangan lelaki.\r“Belum tiba masanya lagi dan tidak ada sesiapa yang istimewa di hati saya. \rFokus saya kini hanya pada kerjaya dulu sebelum memikirkan soal cinta,” katanya yang kini bergiat aktif menjual barangan kulit dari Korea seperti dompet dan tali pinggang  di sekitar pasar malam di sekitar Bangsar, Keramat dan Bandar Baru Ampang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.039265 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list