|
KOLEJ Yayasan UEM (KYUEM), antara penyedia program pengajian bertaraf A-Level membuktikan kebolehannya dalam membentuk pelajar cemerlang dan mampu memimpin negara pada masa akan datang.\rIni dapat disaksikan pada Hari Penganugerahan KYUEM 2011 baru-baru ini, dengan seramai 213 graduan menerima sijil tamat belajar dan masing-masing berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka seluruh dunia.\r\n\n\n\n\r Antara universiti berkenaan ialah, University of Cambridge, London School of Economics, Imperial College of London, University College London dan University of Warwick.\r\r\n\n\n\n\n Pengetua KYUEM, Neil Sutherland, berkata pihaknya komited menyediakan program persediaan berkualiti sebagai persiapan pelajar memasuki institusi pengajian berprestij.\rBeliau berkata, pihaknya bangga kerana sebahagian besar pelajar sudah menamatkan program pengajian dan pulang ke tanah air untuk bertugas di syarikat multinasional.\rKomitmen itu katanya, terbukti apabila kejayaan diperoleh setiap pelajar diiktiraf dan mereka menerima pelbagai anugerah antaranya, Cambridge Brilliance Award tahun lalu. Majlis penganugerahan berlangsung di kampusnya di Lembah Beringin, Selangor baru-baru ini.\rHadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi Lembaga Pentadbiran KYUEM, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan UEM, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim.\r\n\n\n\n\rLima graduan terbaik menerima anugerah khas sebagai pengiktirafan pencapaian iaitu Muhammad Faiz Zulbadli yang mendapat Anugerah Kecemerlangan Akademik (Sains) dan Heng Wei Ling (Sastera). \rSementara itu, Mohammad Zamri Abdul Rahman pula menerima Anugerah Kokurikulum (Lelaki) dan Sara Irina Md Rijaluddin (Perempuan).\rPenerima biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia, Mohamad Afiq Anuar pula menerima Anugerah Biasiswa Tahunan. Pada majlis sama, 16 pelajar menerima Anugerah Mata Pelajaran Istimewa.\rSejak penubuhannya 13 tahun lalu, KYUEM melaksanakan program pengajian berasaskan silibus Kolej Winchester di United Kingdom.\rSukatan pelajaran itu menawarkan kursus penting antaranya Perakaunan, Kewangan, Ekonomi, Kejuruteraan, Sains Aktuari, Undang-Undang, Pergigian, Perubatan, Farmasi, Teknologi Maklumat, Pembinaan dan Bioteknologi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|