CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Pecutan sukses

[Copy link]
Post time 11-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelengkap bimbingan, maklumat terkini UPSR\rPROGRAM bimbingan peperiksaan Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 edisi khas Pecutan Sukses anjuran Unit Pendidikan Berita Harian, umpama satu kesimpulan lengkap mengenai panduan serta teknik menjawab soalan secara berkesan.\r\n\n\n\n\r  Menurut beberapa orang ibu bapa yang ditemui, dalam tempoh yang semakin dekat ini, anak-anak mereka atau calon UPSR memerlukan bimbingan berkonsepkan perbincangan secara langsung daripada guru pakar.\r\r\n\n\n\n\n   Kaedah ini memberi peluang calon supaya lebih faham dan meneliti semula kelemahan untuk meningkatkan persediaan sebelum menduduki peperiksaan selepas Aidilfitri ini.\rJika setiap hari menghadap buku, membuat latih tubi atau menyiapkan latihan yang diberikan pusat tuisyen, tanpa berbincang dengan guru berpengalaman, pastinya aktiviti itu membosankan mereka.\rSeorang bapa yang ditemui, Samsul Rohaizad dari Cheras, berkata dia mengambil peluang menghantar anak menyertai program ini bagi memperkemaskan kemahirannya menjawab soalan dengan tepat.\r“Pada klinik ini juga anak saya berpeluang mengikuti perbincangan lengkap dan diberi pendedahan mengenai analisis soalan yang perlu diberi tumpuan lebih pada saat akhir menjelang peperiksaan,” katanya ketika ditemui pada Klinik UPSR 2011 Pecutan Sukses berlangsung di Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rSeramai 191 calon UPSR sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, termasuk dari Johor Bharu, Melaka, Seremban dan Kuantan menghadiri klinik dua hari itu yang memfokus perbincangan kepada soalan analisis majlis guru besar daripada beberapa negeri.\rZurina Osman berkata,  klinik pecutan sukses ini memberi input terkini yang tidak didedahkan pada klinik UPSR fasa I mahupun fasa II sebelum ini.\r“Teknik menjawab berdasarkan analisis soalan yang dibuat guru pakar memberikan tip menjawab soalan secara tepat sekali gus meningkatkan kemahiran mereka,” katanya.\rMohamad Noor Mohamed Alias dari Putrajaya pula berkata, dia mengharapkan anaknya mendapat panduan dan tunjuk ajar secukupnya sebelum menduduki UPSR pertengahan September ini.\r“Saya mahu lapangkan mindanya bagi membolehkannya berbincang dengan rakan dari sekolah lain,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.295000 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list