View: 198|Reply: 0
|
Dunia Buku: Brain Tumor Hikmah 5 Sebelum 5
[Copy link]
|
|
Pengalaman berdepan dugaan hebat ajar erti tabah\rINFO: Anakku Brain Tumor Hikmah 5 Sebelum 5\r\n\n\n\nPenulis: Isyah Radhiah Idris\rTebal: 378 halaman\rPenerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd\r\n\n\n\n\nHarga: RM25 (Semenanjung Malaysia), RM27 (Sabah dan Sarawak)\rBintang : **** (empat bintang)\rANAKKU Brain Tumor Hikmah 5 Sebelum 5 mengajar pembaca untuk reda menerima qada dan qadar sekiranya diuji Allah SWT biar bagaimana berat sekalipun dugaan yang terpaksa ditempuhi kerana ia sebahagian daripada ketentuan Ilahi.\rPelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi pengarang, Isyah dan suaminya, Che Amran yang juga ahli kumpulan nasyid, Raihan, bagi mengubati penyakit anak ketiganya, Ahmad Mahir Baihaqi, 9, (Aqi) yang disahkan doktor menghidap penyakit paling digeruni, iaitu ketumbuhan dalam otak.\rKetika pertama kali dikhabarkan dengan berita berkenaan, Isyah bagaikan terkesima kerana tidak menyangka Aqi menjadi pilihan Allah SAW untuk menerima dugaan yang paling berat ini dan tidak menduga rungutan Aqi yang sering pening itu adalah petanda dia menghidap penyakit kronik.\rDengan ketiadaan suami yang ketika itu sibuk mempromosikan album hingga ke luar negara, Isyah terpaksa menggalas tanggungjawab menjadi ‘ayah’ kepada semua anaknya termasuk Aqi yang memerlukan lebih perhatian.\rBagaimanapun dugaan yang maha hebat itu meningkatkan lagi keimanan dan kekuatan Isyah untuk menjadi ibu yang terbaik kepada semua anaknya, meskipun jauh di sudut hati perasaannya rangup terdera dengan takdir yang ditentukan kepadanya.\rSebaik Che Amran pulang ke tanah air, banyak masa diperuntukkan bagi mendapatkan rawatan terbaik bagi memastikan penyakit Aqi sembuh tanpa mendatangkan sebarang komplikasi yang teruk, memaksa pasangan ini menyerahkan tujuh lagi anaknya untuk dijaga saudara-mara secara bergilir.\rBagi mendapatkan rawatan terbaik, Aqi pada mulanya mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, kemudian berpindah ke Hospital Pakar Damansara (HPD) untuk menjalani CT scan dan dengan bantuan pelbagai pihak, mereka mendapatkan rawatan daripada sekumpulan doktor pakar di Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM). Aqi berulang-alik di antara HUKM dengan HPD memandangkan ibu bapanya belum dapat membuat keputusan yang tepat untuknya.\rPenderitaan Aqi turut mendapat perhatian daripada semua pihak termasuk saudara-mara, sahabat dan juga mereka yang mengenali pasangan suami isteri ini dan apa saja rawatan yang disyorkan akan diusahakan pasangan suami isteri itu bagi memastikan penyakit berkenaan sembuh sepenuhnya.\rAkhirnya mereka menangguhkan pembedahan ke atas Aqi dan mendapatkan rawatan alternatif mandian hidroterapi, nutriblend dan air zam-zam, di samping turut mengamalkan produk HPA serta produk lain sehingga Aqi akhirnya sihat tanpa melakukan sebarang pembedahan.\rIsyah dan Che Amran turut menunaikan nazar mereka untuk membawa Aqi menunaikan umrah sebagai tanda terima kasih kepada Allah SAW.\rKisah yang penuh dengan motivasi ini menunjukkan bagaimana Che Amran dan isterinya mengharungi detik kritikal untuk membuat keputusan tepat demi menyelamatkan nyawa anak mereka boleh dianggap bagaikan berada di hujung tanduk.\rHubungan kekeluargaan yang erat dan saling bekerjasama dalam memastikan anak yang kurang sihat itu mendapat rawatan yang sempurna berjaya ditonjolkan dalam kisah motivasi keluarga ini, tanpa pasangan itu mengabaikan anak mereka yang lain.\rDi samping menceritakan keadaan anak yang sakit, Isyah, turut menyelitkan beberapa bacaan doa untuk memastikan setiap apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian itu disertai doa bagi memudahkan semua urusan.\rSelain itu, penulis juga turut menggambarkan lima keadaan yang senang sebelum datang lima keadaan yang susah jika manusia alpa dan lalai dalam kehidupan seharian, iaitu sihat sebelum sakit, susah sebelum senang, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.\rSemua keadaan yang dinyatakan berkait rapat jalan cerita yang ditulis oleh Isyah. \rGaya penulisan yang mudah berhubung semua keadaan yang terpaksa dihadapi pasangan terbabit memudahkan pembaca memahami apa yang cuba disampaikan pengarang dan banyak maklumat dikongsi bagi mereka yang menghadapi situasi seperti penulis. \rBiodata Penulis: Tidak jemu mencari ilmu\rISYAH Radhiah Idris dilahirkan di kota Bharu, Kelantan, pada 2 Oktober 1975 dan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah (1997) serta mendapat Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1999.\rBeliau kemudian sekali lagi melanjutkan pengajian di Universiti Malaya bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usus) dan bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur selama lapan tahun, sebelum akhirnya berhasrat menyambung pengajian peringkat kedoktoran di UKM sehingga sekarang.\rBuku ini karya pertamanya yang diterbitkan dan ditulis berdasarkan pengalaman, selain kini dalam proses menghasilkan, Nikmat Bersalin Normal, juga berdasarkan pengalamannya untuk dikongsi dengan pembaca.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|