|
Siti duet dengan Sean KingstonSUATU ketika dulu dia adalah peminat setia dua penyanyi wanita popular ini. Bukan saja memuja suara dan personalitinya, malah lagu mereka juga turut menjadi pilihan untuk dinyanyikan. Bagaimanapun, minat Datuk Siti Nurhaliza terhadap dua penyanyi bertaraf diva, Ramlah Ram dan Ella hanyalah jauh saja.\n\n\n\nTidak terlintas bahawa satu hari nanti dua penyanyi itu bakal berkongsi pentas bersamanya. Siapa sangka, dari seorang peminat kini mereka boleh berkongsi pentas dan saling bertukar menyanyikan lagu popular masing-masing.\n\n\n\n\n\nPeristiwa yang dianggap bersejarah dan penuh bermakna itu hanya akan dapat disaksikan menerusi program Hari Raya Aura 3 Diva terbitan Global Station Sdn Bhd di saluran 188 Astro Raya HD pada hari raya pertama nanti.Sewaktu menyaksikan rakaman program itu Studio FINAS, baru-baru ini, terlihat keserasian antara mereka. Sesekali mereka ketawa melihat telatah Ella yang memang manja orangnya. Malah disebabkan ‘ikatan kimia” yang terjalin itulah membuatkan rakaman program hiburan itu berlangsung dengan jayanya walaupun ia hanya selesai selepas jam menunjukkan angka 1 pagi.“Ramlah Ram dan Ella memang penyanyi kegemaran Siti dan peluang untuk menyanyi bersama mereka adalah sesuatu yang amat nantikan. Siti paling suka lagu Layar Impian dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. Sebelum ini, kami pernah digandingkan bersama tetapi berkongsi pentas dan bertukar-tukar lagu seperti yang dilakukan hari ini, itu adalah kali pertama,” kata Siti ketika ditemui pada rakaman program berkenaan.Untuk program itu, Siti menyanyikan kembali lagu Layar Impian dendangan Ella serta Diam Diam Jatuh Cinta yang pernah dipopularkan Ramlah. \n\n\n\nSelepas single lagu Inggeris pertamanya, Falling In Love berjaya menerobos carta nombor satu stesen radio, Siti bakal membuat kejutan apabila bakal berduet dengan penyanyi Sean Kingston yang cukup popular dengan lagu Beautiful Girl.“Kebetulan penerbit album Inggeris Siti memang mempunyai hubungan baik dengan Sean dan selepas berbincang, dia pun bersetuju untuk membuat penampilan istimewa dalam lagu yang berjudul Remember Me. Siti sudah merakamkan bahagian Siti dan Sean akan merakamkan bahagiannya nanti. “Ini adalah penampilan pertama Sean selepas bercuti rehat akibat kemalangan,” katanya.Mengenai isu produk SimplySiti yang didakwa tidak halal oleh sebuah blog, Siti berkata perkara itu sudah selesai.“Siti kesal dengan dakwaan yang tidak berasas itu. Tapi Siti anggap perkara ini selesai apabila JAKIM sendiri membuat kenyataan di akhbar menafikan semua tuduhan yang mengatakan produk kosmetik saya tidak halal,” jelasnya.Nyanyi lagu ciptaan peminatBukan saja Siti Nurhaliza yang mengagumi dua penyanyi itu, tetapi Ramlah juga mempunyai perasaan sama terhadap penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu. Puji Ramlah, Siti dilihat sebagai penyanyi boleh pergi jauh sewaktu melihat penampilannya awalnya di kaca TV.“Saya suka suaranya. Apa saja lagu yang dinyanyikan Siti, semuanya berkesan dalam hati. Mula-mula melihatnya dulu, saya nampak Siti boleh pergi lebih jauh dalam bidang ini dan dia sudah membuktikannya,” jelas penyanyi yang berasal dari Kesang, Muar ini.Apa yang membuatkan Ramlah gah di mata Siti adalah, penyanyi ini mampu mempertahankan dirinya selama dua dekad dalam bidang seni. Bercerita mengenai kerjaya seninya, Ramlah berkata buat masa ini dia sedang mempromosikan single terbarunya, Sesaat kau Datang.“Lagu ini ciptaan ahli kelab peminat Ramlah Ram sendiri. Dalam lagu ini saya berduet dengan kumpulan Sleeq dari Singapura.Saya harap single ketiga saya pada tahun ini peminat yang sentiasa menantikan buah tangan saya yang terbaru,” katanya.Seperti tahun lalu, Ramlah akan merayakan sambutan Aidlfitri di kampungnya di Kesang, Muar.“Persiapan hari raya saya biasa saja. Saya lebih memikirkan persiapan ahli keluarga lain berbanding diri sendiri,” kata Ramlah yang kelihatan anggun mengenakan fesyen tudung persis penyanyi Erykah badu.Berkorban demi lagu terbaruKESIBUKAN dengan rakaman album baru menyebabkan satu-satunya Ratu Rock ini tidak dapat berhari raya lama dengan keluarganya. Walaupun ada perasaan sedih namun tegas Ella, semua itu dibuat kerana mahu memastikan album yang bakal berada di pasaran hujung tahun nanti benar-benar berkualiti dan mampu memuaskan hati pendengar.“Cuti raya Ella tahun ini pendek saja kerana Ella perlu kembali ke studio menyiapkan album baru. Kepada peminat Ella tunggu saja kemunculan single terbaru Ella berjudul Menyanyi Lalala yang dicipta oleh Taja Meet Uncle Hussain,” katanya dalam nada teruja.Mengulas pembabitannya dalam program hiburan itu, Ella berkata dia memang teruja kerana dapat digandingkan dengan penyanyi hebat dari pelbagai generasi.“Ella memang suka dengan semua lagu Siti dan Ramlah. Macam malam ini, kalau boleh Ella nak saja nyanyi lagu Cindai, tapi pakaian Ella tak kena konsep pula,” ujarnya sambil disambut hilaian tawa penonton.Memilih lagu Dua Insan Bercinta serta lagu Purnama Merindu dan Apa Khabar Mu Disana, Ella membuktikan bahawa dia memang penyanyi serba boleh dan walaupun genre muzik kedua lagu itu bukanlah makanannya, namun Ella berjaya membuatkan penonton terhibur dengan persembahannya. Semua penyanyi malam itu diiringi pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|