CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

Titi DJ kembali janda

[Copy link]
Post time 13-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Diva pop Indonesia akur bercerai 1 Ramadan laluTATKALA Tuhan menetapkan jodoh antara mereka berakhir, tidak sedetik pun waktu itu akan terhenti meskipun diva pop Indonesia, Titi DJ mengerah seluruh kudratnya untuk mempertahankan mahligai cintanya. Biarpun pedih, malah barangkali mengundang cemuhan umum namun penyanyi berusia 45 itu enggan lagi menipu dirinya sendiri.\n\n\n\n    Takdir tertulis jodohnya dengan Noviar Rachmansyah atau Ovy yang dinikahinya pada 23 Mei 2007 di Tanah Suci Makkah berakhir dengan perpisahan pada hari pertama umat Islam menyambut Ramadan 1432 Hijrah. Pemilik nama berdaftar, Titi Dwijayati itu akui, dia dan Ovy sepakat memilih membawa haluan masing-masing pada 1 Ramadan lalu selepas gagal mencari jalan penyelesaian.\n\n\n\n\n    “Siapa pun yang mendirikan rumah tangga akan berusaha mempertahankannya hingga ke akhir hayat. Kami sudah berusaha keras untuk menyelamatkan hubungan ini, malah berbicara panjang dari hati ke hati. Ternyata ini jalan terbaik untuk kami berdua. Memang sayang, lebih lagi apabila berlaku pada awal puasa tetapi bukan sengaja kami memilih waktu itu.“Kami menghormati kemuliaan Ramadan. Justeru perpisahan ini memberi ruang kepada kami untuk berfikir dengan jernih dan tenang tanpa gangguan orang luar. Mudah-mudahan dengan mendekatkan diri kepada Allah, selesai puasa nanti kami dapat membuat keputusan tepat. Cuma kebetulan, perpisahan ini terjadi pada bulan suci,” katanya lirih. Ibu enam cahaya mata itu berkata, seperti suami isteri lain rumah tangganya dan Ovy juga tidak sunyi daripada dilanda badai.Namun mereka memilih untuk menyelesaikannya sendiri, tanpa perlu dikongsi dengan orang luar kerana enggan kehidupan peribadi menjadi sorotan media.\n\n\n\n“Mungkin orang di luar melihat keputusan berpisah ini dibuat secara mendadak dan tiba-tiba tetapi sebenarnya tidak. Ia dibuat selepas siri perbincangan dan usaha yang panjang untuk mempertahankannya. Banyak peristiwa yang menyumbang kepada perpisahan ini terjadi.Namun lebih baik kami menyimpannya sendiri, tanpa perlu dikongsi dengan orang luar. Selepas menimbang segala risiko, perpisahan juga menjadi jalan terbaik buat kami berdua,” katanya yang dikurniakan dua cahaya mata iaitu Excel dan Keisha hasil perkahwinan dengan Ovie.Penyanyi yang mendaki puncak populariti menerusi album, Bahasa Kalbu pada 1999 itu juga berkata, dia sudah bersedia untuk berdepan apa saja kemungkinan atas keputusan yang dilakukannya itu.Baginya, dia tidak perlu menyesal dengan apa yang terjadi kerana setiap keputusan dibuat atas pertimbangan yang dan bukan menurut kata hati.“Segala daya dan upaya sudah kami kerahkan, jadi seboleh mungkin tidak akan ada penyesalan kerana kami sudah bersiap sedia menghadapinya,” katanya.Khabar perpisahan pasangan ini sudah acap kali menerpa. Ketika sahabatnya, Krisdayanti memohon perceraian daripada Anang Hermangsyah pada awal Oktober 2009, rumah tangga Titi dam Ovie juga dikhabarkan retak. Namun, Titi membantahnya malah penafian itu dibuktikan dengan melancarkan album baru di mana Ovie turut menyumbang karyanya.“Keputusan untuk berpisah ini terlalu sulit, namun kami sudah tidak lagi berdaya meneruskan biduk rumah tangga dengan menguruskan lapan manusia berbeza pemikiran dalam satu kediaman,” katanya.Serik kahwini pemuzik?TIGA mahligai dibina sudah runtuh. Namun bagi Titi DJ, dia tidak pernah menyalahi takdir apabila dua perkahwinan bersama anak seni gagal menemukannya erti kebahagiaan sejati. Perkahwinan pertamanya dengan aktor, Bucek Depp pada 9 Mei 1995 cuma sempat bertahan dua tahun. Titi kembali bergelar isteri apabila mengahwini warga Amerika Syarikat, Andrew Hollis Dougherty pada 5 November 1999.Namun, selepas memperoleh cahaya mata perempuan, Stephanie Poetry Dougherty pada 2000, kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula goyah, lalu bercerai pada 27 November 2006, selepas tujuh tahun berumah tangga.“Saya tidak pernah pilih siapa jodoh saya. Jika ditanya apakah saya sudah serik berumah tangga, jawapannya susah untuk diberikan.Memang saya pernah tiga kali gagal tetapi itu bukan bermakna saya tidak ikhlas dengan perkahwinan kami. Setiap perkahwinan saya jalani bersungguh-sungguh dan berdasarkan kasih sayang.  Saya tidak mahu terlepas cakap, memberitahu serik dengan itu dan itu tetapi kita tidak pernah tahu apa akan terjadi masa depan. Baik tunggu dan lihat saja,” katanya. Katanya, dia tidak pernah memohon untuk berpisah namun Titi juga enggan membiarkan dirinya bergelumang dengan kesakitan jika memaksa sesuatu yang tidak mungkin diteruskan. Baginya, orang bebas bercakap apa saja termasuk melontarkan pelbagai reaksi dan komen sesuka hati kerana dia tidak berdaya untuk mengendalikan semua itu.“Biarkan mereka membuat andaian kerana orang luar tidak pernah tahu apa yang saya lalui dan apa saya rasakan. Mereka tidak akan pernah tahu. Saya tidak mampu untuk atur pemikiran orang. Mereka yang melontarkan pandangan itu barangkali lebih pintar dari saya, malah lebih tahu berbanding saya. Biarkan... saya jalani saja apa sudah tertulis tanpa sesalan dan kekecewaan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.038071 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list