|
NAMPAKNYA tahun ini peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan pelbagai konsert mega sama ada membabitkan penghibur dari barat mahu pun penyanyi tersohor negara jiran, terutama menjelang hujung tahun.\rAntara yang sudah mula dipromosikan di akhbar serta majalah ialah konsert MahaDewa yang diterajui Ahmad Dhani pada November ini di Johor Bahru, serta Ruth Sahanaya yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, 17 Disember.\r\n\n\n\n\rBoleh dikatakan tahun ini sememangnya musim rock apabila kebanyakan penganjur memilih membawa masuk band popular terutama yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu.\r\r\n\n\n\n\nKumpulan rock veteran British, Whitesnake yang ditubuhkan pada 1977 juga sudah mengesahkan untuk mengadakan persembahan di Stadium Negara pada 30 Oktober. Cik Normah sendiri pernah tulis mengenai kehadiran kumpulan ini tidak lama dulu. Selain mereka, Westlife dan Pitbull pun akan menghiburkan peminat mereka di Kuala Lumpur.\rNamun paling teruja sudah tentu peminat heavy metal apabila Metallica yang dianggap sebagai lagenda hidup bakal berkunjung ke Kuala Lumpur, Disember ini. Lokasinya pula ialah Stadium Nasional Bukit Jalil.\rCik Normah dengar lagi, kumpulan yang popular dengan lagu I Dont Wanna Miss A Thing iaitu Aerosmith antara band ternama yang bakal singgah ke sini hujung tahun ini.\rJadi Cik Normah rasa peminat rock tegar terutama mereka yang membesar dengan kumpulan tersohor ini pening kepala nak memilih konsert mana satu. Kalau rasa berminat, berdikit-dikitlah dari sekarang. \r\n\n\n\n\rTidak perlu mencari tiket percuma sebab biasanya Cik Normah pun keluarkan duit poket sendiri kalau nak tengok konsert penghibur kesayangan. Ala bukan setiap bulan pun konsert hebat macam tu. Tak gitu Din Dangdut?
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|