View: 275|Reply: 0
|
MyBrain15 sudah tawar biasiswa kepada 3,474
[Copy link]
|
|
SERAMAI 3,474 pelajar yang layak sudah ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian lepasan ijazah dalam negara melalui program MyBrain15 tahun ini.\rTimbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata penerima biasiswa itu adalah antara 6,874 pemohon bagi dua skim di bawah MyBrain15, iaitu program tajaan bagi ijazah kedoktoran MyPhD dan ijazah sarjana MyMaster.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, bagi permohonan MyPhD, kerajaan menawarkan 672 biasiswa bagi mengikuti program itu daripada 1,200 permohonan yang diterima tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, selain MyPhD, skim MyMaster turut menawarkan sejumlah 8,000 biasiswa. Sehingga ini seramai 2,802 pemohon sudah ditawarkan daripada 5,674 permohonan yang diterima.\r“Kementerian gembira dengan sambutan luar biasa yang diterima daripada lulusan ijazah bagi mengikuti program PhD. Diharapkan menjelang 2020, negara akan mempunyai 60,000 pemegang PhD.\r“Masing-masing berkhidmat dalam pelbagai jabatan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rHou berkata, selain itu penerima ijazah turut menerima maksimum RM24,000 bagi membiayai yuran tuisyen tanpa mengira pengajian, selain peruntukan sejumlah RM5,000 lagi yang akan diberikan sebagai elaun jurnal atau tesis. \r\n\n\n\n\rPada majlis itu, seramai 41 penerima menerima biasiswa yang keseluruhannya bernilai RM4.5 juta. Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) bagi program ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|