CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

AMA di UM

[Copy link]
Post time 18-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Belajar kaedah congak selesai masalah matematikPUSAT Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL), Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Bengkel Niaga Ala-Cina (BENA) menganjurkan demonstrasi ‘Abacus Mental Arithmetic’ (AMA) di Auditorium Perdanasiswa, UM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.\n\n\n\n  Dikendalikan pengasas AMA, Prof Xu Si Zhong, seramai sembilan kanak-kanak berusia antara lima dan enam tahun menunjukkan kemahiran mereka menyelesaikan masalah matematik menggunakan kaedah congak.\n\n\n\n\n  Xu berkata, kaedah AMA adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak 30 tahun lalu dan satu daripada projek 100 Keajaiban China.“Program ini memberikan fokus terhadap kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun. Ini kerana pada usia berkenaan, kanak-kanak lebih cepat belajar dan mampu menggunakan daya ingatan termasuk perkembangan otak sebaik mungkin.“Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga, boleh mengeksploitasi sepenuhnya fungsi otak (bahagian) kanan dan kiri. Orang ramai yang berminat menghantar anak mereka mempelajari kaedah AMA boleh menghubungi BENA bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.Prof Xu bukan saja seorang pakar akademik terkenal dari China, bahkan turut menerbitkan buku teks untuk rujukan peringkat prasekolah dan sekolah rendah di negara berkenaan.\n\n\n\nBuku terbitan beliau kini digunakan oleh kira-kira 70 juta pelajar di China selain diterjemahkan ke bahasa Melayu dan bakal digunakan untuk kanak-kanak prasekolah di negara ini tidak lama lagi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.077239 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list