View: 186|Reply: 0
|
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 hargai komitmen pendidik
[Copy link]
|
|
SERAMAI 733 warga pendidik dari sekolah rendah, sekolah rendah jenis kebangsaan dan sekolah menengah di daerah ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 sebagai menghargai usaha, pengorbanan dan komitmen mereka dalam meningkatkan mutu pendidikan.\rPenerima anugerah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil di Shah Alam, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r Penerima anugerah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Klang, Datin Nur Hanim Ahmad, berkata anugerah itu menyuntik semangat untuk beliau berusaha lebih gigih dalam melahirkan generasi muda cemerlang.\r\r\n\n\n\n\n \"Saya gembira kerana dipilih menerima anugerah ini. Memang dunia pendidikan kini semakin mencabar dan kami perlu sentiasa bergerak aktif seiring perubahan drastik berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi,\" katanya.\rIsteri Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar yang mengajar mata pelajaran Matematik dan Fizik di sekolah itu berharap pihak atasan meneruskan pemberian anugerah sama pada masa depan.\rSementara itu, Abdul Rahman ketika berucap merasmikan majlis itu berharap anugerah berkenaan dapat dijadikan perangsang kepada semua guru lain agar terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan seterusnya memajukan prestasi sekolah.\r\"Anugerah ini bukanlah penamat kepada usaha guru mencapai kecemerlangan, sebaliknya penanda aras kepada kesungguhan dan komitmen semua warga pendidik.\r\n\n\n\n\r\"Anugerah ini patut dijadikan teras dalam usaha membentuk bangsa yang cemerlang dan gemilang serta membentuk modal insan berkualiti dan berakhlak tinggi pada masa depan,\" katanya.\rHadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Noraini Md Tahir.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|