|
Pada usia 78 tahun, Mariani tetap ligat terima tawaran berlakonBIARPUN pernah ditipu beberapa kali oleh dua produksi, seniwati ini tidak pernah mengalah mahupun patah semangat. Malah pada usia 78, dirinya masih bertenaga dan aktif dalam dunia seni.\rSeniwati Mariani Ismail yang ditemui pada Malam Penghargaan Seniman dan Seniwati Lagenda Tanah Air di Restoran Saloma Bistro dan Theatre, Jalan Ampang baru-baru ini kelihatan begitu bertenaga, tidak seperti wanita lain yang seusia dengannya.\r\n\n\n\n\rDitemani anaknya Melissa Saila, Mariani akui dia masih aktif berlakon, malah mampu menjayakan persembahan yang memerlukan dirinya menyanyi. \r\r\n\n\n\n\nMenurut Mariani yang mempunyai 13 anak 30 cucu dan lapan cicit, jika dipanggil untuk mengadakan persembahan pentas, dia akan menyanyikan lagu daripada filem lakonannya termasuk Darah Muda (daripada filem Darah Muda) dan Yang Mana Satu Idaman Kalbu (Labu Labi).\rKini, artis veteran ini sibuk dengan penggambaran telefilem terbitan Box Lite, Getaran Jiwa, manakala Oktober nanti dengan penggambaran drama 19 episod terbitan Grand Brilliance, berjudul Zikir untuk Diah.\r“Pada usia begini, saya berterima kasih kepada Tuhan dengan kudrat dan tenaga yang dikurniakan. Rezeki yang diberikan tidak pernah putus. Walaupun saya tidak mempunyai banyak duit, tapi cukup dengan kesenangan yang diberi. Tambah lagi saya masih sihat sampai hari ini, di mana saya tidak menghidap apa-apa penyakit kecuali gastrik,\"爇atanya.\rMariani sudah berkecimpung dalam dunia seni selama 62 tahun, sejak dari 1953 lagi. Ketika itu dia baru berusia 19 tahun dan akuinya, tiada resipi atau formula yang saya gunakan untuk bertahan dalam dunia seni ini.\r\n\n\n\n\r“Dari segi lakonan, setiap watak yang diberi, akan saya menjiwai dengan sepenuhnya dan disebabkan saya sayangkan dunia seni ini saya tidak pernah meletakkan harga kepada setiap tawaran yang diberi.\r“Bagi saya, seni bukanlah suatu untuk dijual beli, dan ia tidak memerlukan tawar-menawar. Saya tidak pernah berkira mengenai bayaran, asalkan ia berpatutan. Sepatutnya, pihak produksi lebih mengetahui berapa yang perlu dibayar untuk artis veteran seperti saya. Oleh itu tidak perlu untuk saya meletakkan sesuatu nilai untuk seni saya. Saya akan terima walaupun bayaran itu murah, asalkan saya tidak ditipu.\r“Baru-baru ini saya pernah ditipu oleh dua produksi terkenal, di mana mereka membatalkan tawaran pada saat-saat akhir. Namun saya tidak menyalahkan pengarah atau pemilik produksi itu, mungkin pihak pengurusan mereka tidak menjalankan kerja dengan sebaik-baiknya.\r“Saya rasa terhina, namun di sebalik kejadian itu saya terima dengan hati terbuka, saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan saya serahkan kepada Tuhan. Cuma lain kali jika saya dipanggil lagi, saya akan berfikir dulu sebelum terima apa-apa tawaran,” katanya.\rSementara itu, pelakon filem klasik seperti Labu Labi, Sri Mersing dan Masam Masam Manis ini turut berkongsi cerita mengenai kelainan sambutan hari lebaran pada zaman kegemilangannya berbanding era moden kini.\rDiakui, Aidilfitri sebelum ini jauh lebih meriah kerana orang dulu lebih menghargai nilai kekeluargaan dan kebudayaan berbanding anak remaja kini yang semakin hanyut dibawa arus kemodenan.\r“Kami bukan lahir dalam keluarga yang kaya. Setiap hari saya akan diberi belanja 20 sen sehari, di mana 10 sen digunakan dan 10 sen lagi disimpan untuk membeli baju raya. Kami menyimpan duit untuk membeli baju raya sendiri, tidak seperti anak muda sekarang di mana semuanya sudah tersedia ada.\r“Kesusahan ini yang membuatkan kami cukup menghargai Hari Raya, secara tidak langsung lebaran disambut dengan penuh keceriaan di mana usaha kami membuahkan hasil. Tambah lagi, ketika Saloma dan P Ramlee masih hidup, sambutannya jauh lagi meriah dari sekarang.\r“Saloma satu-satunya adik kandung saya dan saya rapat dengannya, ketiadaannya memang dirasai. Banyak yang berubah, dulu kami adik-beradik akan berebut-rebut untuk kacau dodol, berebut-rebut untuk pukul telur mahu buat kuih. Semuanya dilakukan sendiri, dan suasana raya lebih terasa,” katanya yang pulang berhari raya di kampung halamannya di Singapura.\rTambahnya lagi, setiap kali raya, dirinya akan ternanti-nanti dendangan lagu adiknya, Saloma, untuk ke udara di corong-corong radio. Baginya, lagu raya klasik lebih seronok didengar berbanding lagu raya zaman sekarang, yang mana liriknya lebih menyayat hati.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|