|
Alcom minta kerajaan kaji keputusan tingkat harga elak beban pengeluar\rALUMINIUM Company of Malaysia Bhd (Alcom) bimbang kemungkinan kenaikan tarif elektrik pada masa depan menjejaskan daya saing syarikat itu pada peringkat antarabangsa.\r\n\n\n\n\r Pengerusinya, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja\'afar, berkata kerajaan perlu mengkaji dengan teliti sebelum membuat keputusan menaikkan tarif elektrik khususnya kepada pengeluar, memandangkan Malaysia mempunyai tarif elektrik tertinggi di kalangan ekonomi Asia.\r\r\n\n\n\n\n Kerajaan menaikkan tarif elektrik pada Jun tahun ini dan dijadual mengumumkan satu lagi kenaikan pada Disember.\r“Tenaga elektrik amat penting kerana jika terdapat kenaikan dalam tarif elektrik, ia boleh menjejaskan daya saing antarabangsa dan tarif kita sedia tinggi berbanding Thailand, Indonesia, Korea dan Jepun,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan Alcom di Kuala Lumpur, semalam.\rTunku Imran berkata, kenaikan ketara tarif bahan bakar, khususnya tenaga elektrik dan gas asli, akan memberikan kesan besar ke atas kos, memandangkan Alcom banyak menggunakan tenaga dalam operasinya.\r“Tenaga menjadi kebimbangan utama kami kerana melakukan banyak aktiviti peleburan. Sekitar 20 peratus daripada kos kumpulan adalah daripada tenaga dan ia mempunyai kesan ketara kepada kami,” tambahnya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Pengarah Urusan Sachin Satpute, berkata syarikat tidak membantah pemberian subsidi tetapi bimbang dengan kerancakan daya saing sekitar pasaran. \r“Kita cuba menyalurkan kos tetapi pasaran sensitif kepada kenaikan harga dan sebab itulah, kita tidak boleh berdaya saing dalam pasaran,” katanya. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|