CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Sime Darby kuasai saham E&O

[Copy link]
Post time 30-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat perladangan tawar beli 30 peratus kepentingan bernilai RM766j\rSELEPAS melupuskan perniagaan bukan teras tidak menguntungkan, termasuk dalam aktiviti perniagaan minyak dan gas (O&G) pada Mei lalu, Sime Darby Bhd mula menyusun strategi baru apabila menawarkan membeli 30 peratus kepentingan strategik dalam Eastern & Oriental Bhd, bernilai RM766 juta.\r\n\n\n\n\r  Ia akan menyaksikan konglomerat yang juga adalah syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia itu muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat hartanah terkemuka itu.\r\r\n\n\n\n\n  Pembelian itu juga membantu Sime Darby memperluaskan kehadirannya dalam sektor pembangunan hartanah dan hospitaliti melepasi kawasan Greater KL, khususnya di Pulau Pinang dan Johor.\rSime Darby kelmarin memeterai perjanjian penjualan saham dengan tiga pemegang saham utama E&O, iaitu Datuk Tham Ka Hon yang juga Pengarah Urusan dan pengasas Kumpulan E&O; Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah dan GK Goh Holdings Ltd.\rMenerusi perjanjian itu, Sime Darby membeli 273 juta saham E&O dan 60 juta saham pinjaman bercagar boleh tukar tidak boleh tebus (ICSLS) syarikat hartanah itu, pada harga RM2.30 sesaham. \rHarga itu mewakili premium 58.6 peratus kepada harga penutup E&O RM1.45 pada 26 Ogos lalu.\r\n\n\n\n\r“Harga RM2.30 sesaham itu juga turut mewakili kira-kira 20 peratus diskaun kepada anggaran nilai aset bersih yang disemak (RNAV) E&O iaitu RM3.2 bilion,” kata Sime Darby dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.\rSelain perjanjian penjualan saham, konglomerat itu turut memeterai perjanjian kerjasama dengan E&O untuk melengkapkan rangka kerja perniagaan pembangunan hartanah secara bersama.\rMengulas mengenainya, Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby, Datuk Mohd Bakke Salleh, berkata tawaran pembelian itu menyediakan peluang bagi kumpulan memperoleh pelaburan strategik dalam syarikat pembangunan hartanah terkenal, khususnya dalam pasaran kediaman mewah di Lembah Klang dan Pulau Pinang.\r“Cadangan pengambilalihan itu akan menyediakan batu loncatan bagi kumpulan  mengembangkan perniagaan hartanah kami dan jenis produk yang boleh ditawarkan.\r“E&O memiliki jenama tersendiri dalam industri hartanah dan sinonim dengan kualitinya. Justeru, kami percaya menerusi kerjasama dan pertukaran idea serta kepakaran, ia akan mewujudkan peluang dan sinergi bagi kedua-dua pihak, sekali gus mencipta nilai buat pemegang saham masing-masing,” katanya.\rDalam kenyataan berasingan, Tham berkata, menerusi pengambilalihan itu, pasukan pengurusan E&O kekal tidak berubah bagi menyediakan kesinambungan dalam kepemimpinan selain memastikan perancangan korporat yang berkesan.\r“Saya akan kekal sebagai Pengarah Urusan, menyediakan kepemimpinan dan visi untuk kumpulan serta membimbing pasukan pengurusan untuk terus menja-lankan operasi harian syarikat,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043780 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list