CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Hon Hai cadang bina 4 kilang di Malaysia

[Copy link]
Post time 3-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat  Taiwan beli  6.07 hektar tanah di Kulai\rSEKTOR elektrik dan elektronik negara kembali menjadi perhatian pelabur antarabangsa apabila sebuah syarikat elektronik terkemuka Asia, Hon Hai Precision Industry Co Ltd, bercadang mengembangkan operasi dan membina kilang di Malaysia.\r\n\n\n\n\r  Pengilang kontrak elektronik terbesar dunia berpangkalan di Taiwan yang juga dikenali sebagai Foxconn itu bercadang membina kilang bagi menghasilkan dakwat katrij dan sarung telefon bimbit di Malaysia bagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran antarabangsa.\r\r\n\n\n\n\n  Sumber industri berkata, kumpulan itu sudah membeli tanah seluas  6.07 hektar di Asiatic Indahpura di Kulai, Johor untuk cadangan pembinaan empat kilang pengeluarannya.\rPembinaan empat kilang Hon Hai di Malaysia itu, katanya, akan dilaksanakan dalam empat peringkat dengan peringkat pertama membabitkan empat ekar tanah.\r“Pembinaan kilang pada peringkat pertama itu dijangka siap paling awal bulan depan,” katanya kepada Berita Harian baru-baru ini tanpa mendedah maklumat terperinci dari segi nilai pelaburan kumpulan berkenaan.\rSumber itu menjelaskan, Hon Hai akan mengambil jurutera berpengalaman dari Jepun untuk berkhidmat di kilang barunya itu selain  menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.\r\n\n\n\n\rDifahamkan syarikat itu  menghantar beberapa pekerja barunya ke Shenzhen, China untuk menjalani latihan, jelasnya.\rSelain Malaysia, Hon Hai dikatakan berminat membina kilang pengeluarannya di Jakarta, Indonesia.\rBeribu pejabat di Taiwan, Hon Hai meluas operasi pengeluaran di beberapa negara asing, termasuk China, Vietnam, India, Turki, Hungary, Republik Czech, Finland, Russia, Mexico dan Amerika Syarikat.\rSebelum ini, syarikat itu pernah mengumumkan pelaburan di Brazil dan pengambilalihan kilang yang dimiliki Cisco di Mexico. \rPada 2007, Pengerusinya, Terry Gou membuat keputusan untuk membina kilang di Vietnam bagi mengatasi masalah peningkatan kos buruh di kilangnya di China. \rPengumuman itu sekali gus menjadikan Vietnam destinasi pertama pelaburannya di Asia Tenggara.\rSelain mengeluarkan barangan elektronik, syarikat itu juga menawarkan perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan dan alat mekanikal.\rAntara pelanggan syarikat globalnya ialah Apple, Cisco, Dell, Nokia dan Sony.\rSementara itu, berdasarkan maklumat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) baru-baru ini, Malaysia kekal menjadi destinasi utama pelaburan langsung asing (FDI), walaupun keadaan ekonomi global kini masih tidak menentu.\rDalam tempoh separuh pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang memberangsangkan, iaitu RM21.3 bilion, meningkat 76 peratus daripada RM12.1 bilion yang diraih dalam tempoh sama tahun lalu.\rPelaburan asing yang diluluskan membabitkan industri produk elektronik dan elektrikal (RM7.2 bilion), produk logam asas (RM2.4 bilion), pengilangan makanan (RM1.8 bilion), kimia dan produk kimia (RM1 bilion), kelengkapan pengangkutan (RM902.4 juta), produk petroleum, termasuk petrokimia (RM520.8 juta) dan produk logam fabrikasi (RM520.7 juta). \rPunca utama pelaburan asing ialah Jepun (RM2.4 bilion), Amerika Syarikat (RM2.3 bilion), Singapura (RM1.9 bilion), Belanda (RM1.2 bilion) dan Taiwan (RM1.2 bilion).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.201695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list